Terdapat tiga lagi perlawanan Liga Super 2023 yang bakal berlangsung pada hari ini dan masih dalam minggu kelima belas antaranya adalah pertemuan Terengganu FC vs Kedah Darul Aman FC iaitu pada 3 Julai 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Ini pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan pada kali ini selain daripada JDT dan KL City. Ianya mempertemukan dua buah pasukan yang memiliki kekuatan tersendiri serta barisan pemain yang cukup hebat baik pemain tempatan atau import.
Sekali lagi, Terengganu akan melayan kunjungan pasukan lawan setelah berlangsung saingan Piala FA 2023 pada minggu lalu. Walaupun keputusan tidak menyebelahi Terengganu apabila tersingkit di separuh akhir, pasti ianya tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk terus berikan persembahan yang menarik dalam saingan liga pula.
Terengganu terpaksa berpuas hati apabila tewas kepada tangan KL City ketika bermain di Gong Badak selepas bermain lebih 120 minit apabila pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti. Kedua-duanya buntu untuk menjaringkan gol sepanjang tempoh perlawanan sebenar berlangsung.
Dengan kekalahan tersebut, Terengganu akan mula fokus kembali untuk saingan liga dan kali ini akan bertemu sebuah pasukan yang cukup kuat juga sebenarnya iaitu Kedah Darul Aman yang pastinya mempunyai kelebihan apabila berehat lebih panjang berbanding Terengganu.
Bukan itu sahaja, jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir Kedah, mereka hanya tewas sekali sahaja iaitu kepada Selangor. Sebaliknya, empat perlawanan lain, mereka menang dan sekali gus mengukuhkan kedudukan di kelompok teratas. Kini Kedah berada di tangga keempat.
Jika dilihat dalam aksi Liga Super, persembahan Terengganu masih terumbang-ambing. Dalam lima perlawanan terakhir, mereka menang dua kali, seri sekali dan tewas dua kali. Selepas menang dua kali berturut-turut, kemudian tewas pula kepada pendahulu liga, JDT pada minggu sebelumnya.
Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan. Kali pertama mereka bertemu pada minggu kedua dalam bulan Mac yang lalu. Ketika itu bermain di Alot Setar dan Kedah berjaya dapatkan 3 mata penting hasil jaringan pada minit-minit akhir.
Dulu di Alor Setar dan kini akan bermain di homeground Terengganu. Adakah akan ada perubahan keputusan daripada sebelumnya? Ataupun Kedah mampu sekali lagi memberi kejutan kepada pasukan Terengganu dan bawa pulang mata berharga?
Dah bermain di tempat sendiri, penyokong-penyokong Terengganu kenalah penuhkan sekali lagi stadium untuk berikan sokongan kepada pemain-pemain. Jadi dapatkan sekarang tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Kedah
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS15 antara Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC yang akan berlangsung pada 3 Julai ini, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Boleh juga, live streaming di platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan pek Liga Malaysia 2023 sama ada pas satu perlawanan atau secara bulanan.
3 Julai 2023 (Isnin)
FT : Terengganu (1) - (0) Kedah
- Engku Nur Shakir 16'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment