Back to bussiness! Saingan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kelapan belas dan perlawanan pembukaan mempertemukan Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC pada 28 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Pada minggu lalu kita sudah melihat final Piala FA 2023 yang dimenangan oleh JDT selaku juara dua tahun berturut-turut. Maka dengan itu, satu kejohanan telah lengkap dalam kalendar Liga Malaysia 2023.
Kini bersambung semula untuk saingan Liga Super. Semua 14 pasukan terlibat dengan 7 perlawanan bakal berlangsung. Dua perlawanan pada Jumaat, tiga perlawanan pada Sabtu dan dua perlawanan akhir pada Ahad ini.
Pertembungan Terengganu vs Negeri Sembilan
Untuk musim 2023, kedua-dua pasukan, Terengganu dan Negeri Sembilan telah bertemu sekali sebelum ini di saingan liga iaitu pada Mac yang lalu di minggu kelima (LS5). Maka ini adalah pertemuan kali kedua.
Dalam pertembungan tersebut, Negeri Sembilan berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan 2-1 yang mana ketika itu bermain di Paroi. Tuan rumah tidak mensia-siakan peluang tersebut.
Kali ini venue bertukar pula dan kini giliran Terengganu menjadi tuan rumah dan bakal menerima kunjungan daripada Negeri Sembilan di Gong Badak. Adakah Negeri Sembilan mampu menang sekali lagi nanti?
Terengganu Mahukan 3 Mata Ketika Bermain di Gong Badak
Bermain di tempat sendiri, pastinya akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang bakal membanjiri stadium untuk berikan sokongan.
Terengganu pastinya tidak lagi ingin keciciran mata seperti dua perlawanan sudah yang mana diakhiri dengan keputusan seri sahaja. Mereka pastinya inginkan 3 mata penuh dalam perlawanan ini.
Mata maksimum tersebut mampu untuk membawa Terengganu naik satu anak tangga sekiranya KL City tewas atau seri dalam perlawanan mereka.
Negeri Sembilan Masih Belum Konsisten
Jika dilihat dalam 5 perlawanan terakhir untuk pasukan Negeri Sembilan, mereka masih belum temui rentak kemanangan. Tewas tiga kali dan seri dua kali. Mereka sebelum ini juga sudah tewas dua kali berturut-turut.
Adakah Negeri Sembilan mampu bangkit untuk perlawanan ini? Mereka sekali lagi akan bermain di gelanggang lawan. Jadi mungkin ini kekalahan ketiga pula untuk Negeri Sembilan?
Pembelian Tiket Masuk Stadium
Untuk penyokong-penyokong Terengganu, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda sekali gus meraih kemenangan.
Jadi anda kini boleh dapatkan tiket masuk yang sudah mula dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh beli tiket fizikal di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Senarai Kesebelasan Utama Terengganu vs Negeri Sembilan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk perlawanan ini bagi pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Negeri Sembilan
Jangan lupa untuk saksikan perlawanan Liga Super 2023 LS18 antara Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC pada 28 Julai ini, hari Jumaat, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, bagi yang tidak ada astro, boleh tonton perlawanan ini secara live streaming di web atau aplikasi Sooka. Langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
28 Julai 2023 (Jumaat)
FT : Terengganu (1) - (1) Negeri Sembilan
- Ivan Mamut 66'
- Herold Goulon 88'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka
Post a Comment