Telefilem Cassandra Di TV3

Telefilem Cassandra Di TV3

Saksikan Telefilem Cassandra yang akan menemui penonton semula pada 28 Julai 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi SR One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Sinopsis Telefilem Cassandra

Telefilem Cassandra menampilkan barisan pelakon seperti Emma Maembong, Syazuwan Hassan, Ikmal Amry, Shasha Raman, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Dilla Ahmad, Julia Ziegler, Mama Sheeda dan ramai lagi.

  • Emma Maembong sebagai Cassandra
  • Syazuwan Hassan sebagai Luqman
  • Ikmal Amry sebagai Zaiyad
  • Shasha Raman sebagai Shakila
  • Zamarul Hisham sebagai Hj. Fauzan
  • Watie Sadali sebagia Hajah Melur

Ianya mengisahkan tentang Cassandra yang tinggal di sebuah kampung dengan ayahnya iaitu seorang hartawan bernama Hj. Fauzan.

Casandra adalah gadis kacukan Melayu-Inggeris. Ibu Cassandra (warga Inggeris) dinikahi Hj Fauzan ketika bekerja di sana.

Hj. Fauzan bekerja di ladang milik ayah mertuanya. Tapi ketika lewat 80an, ayah mertuanya meninggal dunia dan bisnes mereka mula goyah dan terpaksa ditutup.

Mengenangkan tiada sesiapa di sana lagi, termasuk keluarga sebelah isterinya di mana kedua-dua orang tuanya dah meninggal, Hj. Fauzan membawa isterinya kembali ke Malaysia.

Telefilem Cassandra Di TV3

Telefilem Cassandra Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Cassandra Di TV3"