Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Di TV2

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Di TV2

Saksikan telefilem Jiwa Tanpa Jiwa yang akan menemui penonton pada 24 Julai 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang mengisahkan tentang penyakit psikologi yang tiada jiwa ini merupakan terbitan syarikat produksi Les' Copaque Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Razuri Ajmain dengan nukilan skrip bersama daripada Hj Ainon Ariff, Nur Naquyah Burhanuddin, Ainur, Mohammad Aiman dan Ijan Ai.

OST Telefilem

Lagu : Apa Erti Jiwa
Penyanyi : Yubi
Komposer : Cheong M.
Lirik : Cheong M.

Sinopsis Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa menampilkan barisan pelakon seperti Syafi Tee, Ezzaty Abdullah, Farhan Asri, Melissa Aurellia, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

  • Syafi Tee sebagai Jiwa
  • Ezzaty Abdullah sebagai Maya
  • Farhan Asri sebagai Man
  • Melissa Aurellia sebagai Nana
  • Jasmin Hamid sebagai Hasnah

Ianya mengisahkan tentang Jiwa iaitu seorang pelajar seni lukisan dan sering mendapat pujian daripada pensyarahnya. Dia pandai melukis objek tetapi lukisan potret bukan jiwanya.

Dia tidak pernah melukis potret sehinggalah dia bertemu dengan Maya. Jiwa kemudian mengupah Maya untuk menjadi subjek lukisannya, namun Maya tidak dibenarkan untuk melihat lukisan tersebut hinggalah ianya siap.

Jiwa dan Maya berkahwin selepas tamat belajar namun rumahtangga mereka diuji kerana Jiwa mempunyai penyakit psikologi yang menjadikan dia seorang yang sukar untuk meluahkan emosinya.

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Di TV2

Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Jiwa Tanpa Jiwa Di TV2"