Telefilem Nur Tanpa Cahaya Di TV2

Telefilem Nur Tanpa Cahaya Di TV2

Saksikan telefilem Nur Tanpa Cahaya yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang menampilkan lakonan Intan Ladyana sebagai teraju utama ini merupakan terbitan syarikat produksi First Post Production Sdn Bhd., diarahkan oleh Amzari Amir dengan nukilan skrip daripada Dinda Kirana.

Sinopsis Telefilem Nur Tanpa Cahaya

Telefilem Nur Tanpa Cahaya menampilkan barisan pelakon seperti Intan Ladyana, Azhar Sulaiman, Marissa Yasmin, Zera Hariz, Afzan Abd. Rahman, Gan Soon Heng, Shyrim Husni dan ramai lagi.

  • Intan Ladyana sebagai Nur Mawarni
  • Azhar Sulaiman sebagai Farhan
  • Zeha Hariz sebagai Balqis
  • Marisa Yasmin sebagai Doktor Alia

Ianya mengisahkan tentang Nur Mawarni yang menghidap Nyctophobia iaitu ketakutan melampau dalam keadaan gelap atau malam.

Disebabkan penyakit tersebut, Nur terpaksa merahsiakan penderitaan yang dialami hingga memaksa Aina melakukan penyiasatan yang akhirnya membongkar misteri sebuah kematian.

Telefilem Nur Tanpa Cahaya Di TV2

Telefilem Nur Tanpa Cahaya Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Nur Tanpa Cahaya Di TV2"