Telefilem Opah Jangan Lupa Di TV1

Telefilem Opah Jangan Lupa Di TV1

Saksikan telefilem Opah Jangan Lupa yang akan menemui penonton pada 1 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang ditayangkan khas sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat produksi Aquila Emas Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zizan Nin dengan nukilan skrip daripada Abd Nasir Khalil.

Sinopsis Telefilem Opah Jangan Lupa

Telefilem Opah Jangan Lupa menampilkan barisan pelakon seperti Kamaliah Mat Dom, Zzal Hamzah, Kween Keela, Erry Zukhairi, Amyza Aznan, Raden, Royadi Madada dan ramai lagi.

  • Kamaliah Mat Dom sebagai Opah
  • Zzal Hamzah sebagai Mikail
  • Amyza Aznan sebagai Marissa
  • Kween Keela sebagai Zalikha

Ianya mengisahkan tentang Mikail telah digantung semester oleh pihak universiti. Ibubapanya, Rusdi dan Marissa telah mendenda Mikail dengan menghantarnya ke kampung tinggal bersama Opah.

Di kampung Mikail berkawan dengan Zalikha. Mikail perasan Opahnya selalu terlupa. Zalikha merasakan yang Opah tidak sakit sebaliknya trauma pada perkara silam.

Opah selalu sebut nama Arman dan sara. Ibu bapa Mikail telah memberitahu perkara sebenar pada Mikail tentang Arman dan Sara. Rusdi dan Marissa terpaksa rahsiakan kisah sebenar supaya tidak mahu Opah kemurungan.

Telefilem Opah Jangan Lupa Di TV1

Telefilem Opah Jangan Lupa Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Opah Jangan Lupa Di TV1"