Telefilem Pa'e Ditayangakan Semula Di TV3

Telefilem Pa'e Ditayangakan Semula Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Pa'e yang akan menemui penonton semula pada 29 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Selepas 25 tahun, TV3 bawakan semula cerita yang pernah menjadi bualan ramai pada tahun terbitanya 1997 yang lalu. Kini menjadi bualan sekali lagi apabila salah seorang pelakonnya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35).

Ya, cerita ini menampilkan Bell Ngasri antara pelakon yang terlibat disamping tunjang utamanya Shaheizy Sam. Mungkin ramai yang kenal beliau dengan watak lucu, Barkoba tetapi dalam Pa'e, beliau membawakan watak seorang remaja nakal bernama Ajoi.

Telefilem Pa'e merupakan terbitan JnA Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Saian Salimon dengan nukilan skrip daripada Saharuddin Sulaiman

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Pa'e seperti Shaheizy Sam, Bell Ngasri, Harun Hashim, alahyarham Latiff Borgiba, Nasir Bilal Khan, Rose Iskandar, Wafa Abdul Kadir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shaheizy Sam sebagai Pa'e
  • Bell Ngasri sebagai Ajoi
  • Harun Hashim sebagai Cikgu Shahrin
  • Alahyarham Latiff Borgiba sebagai Pak Hassan
  • Nasir Bilal Khan sebagai Pak Kadir
  • Rose Iskandar sebagai Mak Siti
  • Wafa Abd. Kadir sebagai Fatimah

Telefilem Pa'e Ditayangakan Semula Di TV3

Sinopsis Telefilem Pa'e

Telefilem Pa'emengisahkan seorang pelajar miskin bernama Pa'e yang tinggal bersama ayahnya yang sudah tua tetapi berusaha gigih dalam pelajaran.

Pa'e sangat disayangi oleh guru kelasnya kerana keluhuran budi dan kegigihannya semasa belajar. Namun malangnya, keakraban mereka telah menimbulkan rasa iri hati oleh pelajar lain sehingga menimbulkan pelbagai fitnah. 

Antara pelajar yang sering dengki serta selalu menimbulkan fitnah kepada Pa'e ialah Ajoi. Pelbagai perkara buruk yang dibuat sehingga melibatkan guru kelasnya juga Cikgu Shahrin.

Tetapi pada satu hari, disebabkan sifat iri hati tersebut telah bertukar kepada trajedi. Apakah kesudahannya?

Saksikan Telefilem Pa'e Di TV3

Jadi untuk anda yang merindui lakonan hebat dengan waktu serius daripada Bell Ngasri, jangan lupa saksikan telefilem Pa'e yang bersiaran pada 29 Julai ini, hari Sabtu, jam 2.00 petang di TV3.

Telefilem Pa'e Ditayangakan Semula Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Pa'e Ditayangakan Semula Di TV3"