Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung Di TV9

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung Di TV9

Saksikan telefilem Perempuan Di Hujung Kampung yang akan menemui penonton semula pada 24 Julai 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi ZK Creative Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jetlee Nazir Juhan dengan nukilan skrip bersama dariapda Adza Emie dan Adza Irdawati.

Sinopsis Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung menampilkan barisan pelakon seperti Amar Asyraf Zailuddin, Cha Cha Maembong, Marissa Yasmin, Datin Fadilah Mansor, Esma Danial, Norazhar Buyong, Muhammad Saidi dan ramai lagi.

  • Amar Asyraf sebagai Umar Ariffin
  • Cha Cha Maembong sebagai Bintang
  • Marissa Yasmin sebagai Embun
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Nek Kasih
  • Esma Danial sebagai Ustaz Ghazali

Ianya mengisahkan tentang Umar Ariffin yang menghadapi depresi selepas beliau kecewa dalam percintaan dan menyebabkan prestasinya dalam perkerjaan sebagai wartawan juga merudum.

Ditambah pula, rakannya kini sudah dinaikkan pangkat ke Ketua Bahagian tetapi tidak untuk Umar. Disebabkan itulah, dia dicabar untuk mencari sebuah kisah masyarakat bagi membuktikan yang dia juga layak untuk jawatan tersebut.

Kemudian dia mendapat tahu satu cerita yang menceritakan tentang 3 balu yang malang kerana setiap lelaki yang berkahwin dengan mereka pasti akan meninggal dunia sebelum sampai 1 tahun.

Adakah cerita tersebut benar dan akan memberikan kesan kepada artikel yang ingin diterbitkan oleh Umar Ariffin? Saksikan kesudahannya.

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung Di TV9

Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Perempuan Di Hujung Kampung Di TV9"