Telefilem Sementara Aku Masih Ada Di TV1

Telefilem Sementara Aku Masih Ada Di TV1

Saksikan telefilem Sementara Aku Masih Ada yang akan menemui penonton pada 22 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Maal Hijrah ini merupakan terbitan syarikat produksi Rastech World Wide Sdn. Bhd, diarahkan oleh Hafiz Shafie dengan nukilan skrip daripada Rais Ahmad.

Telefilem Sementara Aku Masih Ada

Telefilem Sementara Aku Masih Ada menampilkan barisan pelakon seperti Hanna Aqeela, Nafiz Muaz, Fauziah Nawi, Rahim Jailani, Aida Khalida, Izzat Mustaq, Maisara Sufia, Daniel Fiq, Mak Mah Latah dan ramai lagi.

  • Hanna Aqeela sebagai Alisa
  • Hafiz Muaz sebagai Adam
  • Fauziah Nawi sebagai Nek Jah
  • Rahim Jailani sebagai Tuan Syukri
  • Aida Khalida sebagai Ibu Alisa
  • Izzat Mustaq sebagai Danial
  • Maisara Sufia sebaga Sara

Ianya mengisahkan tentang Alisa yang mula insaf dan bertaubat dengan kesilapan dan kisah lampaunya. Beliau kemudiannya jatuh cinta dengan seorang pemuda.

Keadaan menjadi sukar selepas pemuda mengetahui kisah lampau gadis tersebut yang membuatkan beliau menjauhkan diri. Pada masa yang sama, gadis tersebut disahkan mengidap sakit barah.

Akhirnya mereka tunduk dengan keegoan masing-masing dan hubungan mereka kembali terjalin sehingga ke jinjang pelamin sebelum gadis tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Telefilem Sementara Aku Masih Ada Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Sementara Aku Masih Ada Di TV1"