Senarai Ucapan Hari Asyura Untuk Tahun 1445H/2023

Senarai Ucapan Hari Asyura Untuk Tahun 1445H/2023

Ungkapkan dengan perkataan dan ucapan-ucapan yang baik sempena Hari Asyura yang merupakan antara hari yang penting dalam bulan Muharram 1445H untuk tahun 2023.

Hari Asyura adalah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram yang mulia, dimana begitu banyak peristiwa-peristiwa agung yang terjadi padanya.

Antaranya adalah peristiwa terselamatnya Nabi Musa a.s dari Firaun dan tenteranya dan juga peristiwa terimanya taubat umat Nabi Yunus a.s

Amalan Puasa Pada Hari Asyura Dan Hari Tasu'a

Jadi pada hari tersebut, kita umat Islam disunatkan bagi mengerjakan ibadah buasa Asyura. Ianya adalah berdasarkan hadis nabi Muhammad SAW

"..وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ "

“..dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.” - [HR Muslim, no. 1162]

Galakan puasa dalam bulan Muharam juga dirakamkan di dalam sabda Rasulullah ﷺ

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ.

"Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Allah (syahrullah) Muharam. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah solat fardu". [HR Muslim]

Tarikh Hari Asyura Di Malaysia

Berikut merupakan antara tarikh-tarikh penting untuk mengamalkan puasa sunat iaitu puasa Asyura dan puasa Tasu'a

  • Puasa Tasu'a = 9 Muharram 1445H = 27 Julai 2023 (Khamis)
  • Puasa Asyura = 10 Muharram 1445H = 28 Julai 2023 (Jumaat)

Disunatkan bagi umat Islam untuk berpuasa pada 9 Muharram iaitu Puasa Tasu'a adalah berdasarkan hadis:

"Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu'a (hari ke-9 di bulan Muharram). Berkata Ibn Abbas, "Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah telah wafat." (HR Muslim 1916)

"Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan lakukanlah perbezaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya ataupun hari selepasnya." (Riwayat Ahmad)

Tetapi sekiranya anda tidak berpuasa pada hari Tasu'a iaitu 9 Muharram, anda disunatkan untuk berpuasa pada 11 Muharram 1445H (29 Julai 2023). Ini bertujuan untuk berbeza dengan puasa golongan yahudi

Ucapan Hari Asyura Untuk Tahun 1445H/2023

Selain daripada amalan puasa pada Hari Asyura, anda boleh juga kongsikan ucapan-ucapan yang baik kepada keluarga dan rakan anda seperti dibawah:

Ucapan Hari Asyura 1

Selamat Berpuasa Kepada Semua Pada Hari Asyura

Nabi Muhammad SAW bersabda:

وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

Maksudnya: "Berpuasa pada Hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar Dia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu." (HR Muslim)

Ucapan Hari Asyura 2

Puasa adalah semangatku,
Puasa adalah kekuatanku,
Puasa adalah damaiku,
Puasa sunahku.
Sunah melengkapi ibadah wajibku Barakallah fiikum.
Jadi selamat berpuasa.
Kerana Asyura sekali setahun!

Ucapan Hari Asyura 3

Alhamdulillah masih diberi umur sehingga hari ini yang bertepatan dengan tanggal 10 Muharram 1445H. Diucapkan selamat menjalankan ibadah Puasa Sunat Asyura bagi yang mengerjakannya.

Semoga ibadah puasa kita ini diterima Allah SWT

Ucapan Hari Asyura 4

Selamat berpuasa kepada semua yang melaksanakan ibadah puasa Asyura pada 10 Muharram ini. Semoga ianya menjadi kekuatan kepada kita untuk berhadapan dengan hari-hari mendatang

Ucapan Hari Asyura 5

Ibadah puasa antara amalan sunnah yang sangat digalakkan dalam bulan Muharram. Puasa Asyura iaitu 10 Muharram 1445H tahun ini jatuh pada 28 Julai 2023. Selamat berpuasa kepada semua!

Ucapan Hari Asyura 6

Selamat berpuasa Hari Asyura kepada semua yang melaksanakan pada tanggal 10 Muharram ini. Semoga ibadah ini diterima olehNya dan akan diampunkan dosa setahun yang telah lalu

Ucapan Hari Asyura 7

Jom puasa Sunat Hari Asyura pada 28 Julai 2023 dan Puasa Tasu'a pada 27 Julai 2023.

Semoga Allah memberkati segala usaha baik kita untuk meraih ganjaran.

Ucapan Hari Asyura 8

Marilah kita mencari berkah serta rahmahNya dengan berpuasa seraya dapat menyucikan diri dan memohon ampun ke atas dosa-dosa kita yang tela lalu.

Ucapan Hari Asyura 9

Selamat berpuasa pada Hari Tasu'a dan Hari Asyura. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan memberi keberkatan dalam kehidupan kita.

Ucapan Hari Asyura 10

Antara ibadah puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasullah SAW untuk kita contohi selain puasa pada bulan Ramadan adalah puasa pada hari Asyura (10 Muharram). Jom kita berpuasa

Niat Puasa Tasu'a Dan Puasa Asyura

Berikut merupakan Niat Puasa Muharram Tasu'a dan 'Asyura 1445H

Niat Puasa Tasu'a Dan Puasa Asyura

Semoga bermanfaat...

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Ucapan Hari Asyura Untuk Tahun 1445H/2023"