Setiap tahun, ucapan sempena Maal Hijrah sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia. Jadi sempena Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 2023 ini, pelbagai contoh ucapan yang anda boleh gunakan untuk dikongsikan.
Selain daripada sambutan New Year setiap hujung tahun mengikut kalendar masihi, kita umat Islam sebenarnya ada juga Tahun Baru yang juga digelar Maal Hijrah iaitu menerusi kalendar Hijrah.
Tahun Baru Hijrah itu merupakan menandakan berlakunya antara perisitwa penting dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke kota Madinah demi menyelamatkan Islam.
Tahun Baru Islam, Maal Hijrah atau Awal Muharram yang mana kesemuanya menggambarkan tentang pertukaran tahun yang baru serta memasuki bulan yang baru iaitu bulan pertama dalam kalendar Islam iaitu Muharram.
Jadi bagi yang ingin mendapatkan contoh ucapan yang menarik sempena Maal Hijrah dan Tahun Baru islam, anda boleh terus baca dibawah. Kemudian boleh la kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Tahun Baru Islam 1445 Hijrah/2023 Di Malaysia
Tahun Baru Hijrah akan berakhir dengan Zulhijjah dan bermula dengan bulan Muharram. Selain daripada itu, awal tahun ini juga digelar dengan Awal Muharram berikutan kedatangan dan kembalinya bulan Muharram tersebut.
Jadi untuk tahun 2023 di Malaysia, Tahun Baru Islam 1445 Hijrah bersamaan dengan 1 Muharram adalah jatuh pada 18 Julai 2023 iaitu pada hari Rabu.
Tetapi mengikut kalendar Islam, permulaan hari baru adalah selepas Maghrib. Jadi awal Muharram sudah bermula pada waktu Maghrib pada 18 Julai 2023, hari Selasa.
Sempena kedatangan Maal Hijrah pada tahun ini, Malaysia telah membawa tema 'Perpaduan Teras Malaysia Madani' dan akan diadakan beberapa sambutan ringkas sempena tahun yang penting untuk umat Islam ini.
Selain itu, 19 Julai 2023 (Rabu) juga merupakan hari cuti kepada semua negeri di Malaysia. Jadi manfaatkan waktu terluang ini dengan perkara yang berfaedah.
Senarai ucapan Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H/2023 Dan Pantun
Disini ada pelbagai jenis ucapan Tahun Baru Islam dan Maal Hijrah untuk tahun 1445H/2023 yang anda boleh gunakan sama ada dalam bentuk ucapan selamat dan pantun.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 1
Salam Maal Hijrah 1445H/2023.
Mari kita sambut tahun baru Hijrah ini dengan berhijrah menuju kebaikan.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 2
Semoga diitahun baru ini Allah tambahkan kita semua nikmat iman, sihat dan selalu istiqamah menjadi lebih baik,
Dimurahkan mencari rezeki,
Dilancarkan segala urusan,
Diberi umur yang berkah,
Dan bahagia dunia dan akhirat
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 3
Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam 2023
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 4
Salam Maal Hijrah 1445H
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 5
Salam Maal Hijrah 1445H/2023M
Selamat Menyambut Tahun Baru Islam. Semoga tahun ini menjadi lembaran baharu untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan diberkati Allah SWT.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 6
Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1445 Hijrah
"Orang yang sebenar-benar hijrah ialah orang yang diberhijrah meninggalkan apa-apa yang dilaran oleh Allah (daripada melakukannya)" - Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasaie
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 7
Selamat Tahun Baru Hijriah, 1 Muharram 1445H
Mari hijrah dari keburukan menuju kebaikan,
Dari dosa menuju pahala,
Dari maksiat menuju taat,
Dari kemalasan ibadah menuju semangat menjalaninya,
Agar Allah menghijrahkan kita dari neraka menuju syurga,
Dari murka menuju redhaNya,
Dari laknat menuju rahmatNya.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 8
Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1445 H
"Dan orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan kesalahan dan dosa" - Hadis riwayat Ibu Majah
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 9
Awal Muharram merupakan permulaan bagi umat Islam untuk membuka 'buku baru' dan memperbaiki segala kekurangan pada tahun sebelumnya. Salam Maal Hijrah 1445H
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 10
Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 11
Kini tiba bulan Muharram 1445H. Semoga dapat menyinari hidup kita dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1445H dan Selamat Tahun Baru Islam
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 12
Bersempena dengan peristiwa Hijrah, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1445H dan marilah kita bersama-sama meningkatkan taqwa kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, InsyaAllah.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 13
Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 14
Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya kita dapat memasuki fasa baru hijrah iaitu tahun baru 1445H.
Dengan kedatangan tahun baru hijrah ini juga marilah sama-sama kita merapatkan saf dan berazam berhijrah ke arah yang lebih baik tahun ini.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 15
Selamat Tahun Baru Hijrah 1445 H
Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran,
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya,
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 16
Kini tiba bulan Muharram 1445 Hijrah.
Semoga dapat menyinari hidup kita, dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Jadikan tahun baru ini lebih dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1445, Selamat Tahun Baru Islam
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 17
Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi. Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.
Salam Maal Hijrah 1445 H
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 18
Happy Islamic New Year to all. May this new year bring a lot of peace, prosperity & happiness to the world. May protect us.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 19
As the Hijri New Year begins, let us pray that is will be a year full of peace, happiness and an abundance of new friends. May Allah bless you throughout the new year.
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 20
May Allah give you the strength to live justly and keep you safe from all evil forces. Wish you and your family Hijri New Year
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 21
Let us pray that this year be filled with peace, happiness and abundance. May Allah bless you in the Islamic New Year
Ucapan Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 22
May Allah shower you with gift of love, bravery, wisdom, contentment, health, patience and cleanliness. Happy Islamic New Year.
Ucapan Pantun Maal Hijrah 1445H/2023
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 1
Sekuntum mawar berwarna merah,
Lambang cinta suci murni,
Selamat menyambut maal hijrah,
Perpaduan Teras, Malaysia Madani.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 2
Bawa cik bibah pergi ke taman,
Bawa bersama anak dan cucu,
Mari kita berubah ke arah kebaikan,
Moga istiqamah di tahun baru.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 3
Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.
Pantun Tahun Baru Maal Hijrah 1445H 4
Angin meredah bertemu awan,
Pangkal jeram berkabut pagi,
Salam Maal Hijrah untukmu kawan,
Semoga istiqamah membaiki diri.
Pantun Awal Muharram 1445H 5
Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.
Pantun Awal Muharram 1445H 6
Pergi kekuala kawan berlima,
Mudik dengan menaiki sampan,
Awal Muharram sudah menjelma,
Membawa seribu cita dan harapan .
Pantun Awal Muharram 1445H 7
1 Muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Demi memartabatkan kemuliaan,
Agar tidak kehilangan arah.
Salam Maal Hijrah 1445H diucapkan kepada semua pembaca aimanabdullah.com
Post a Comment