Telefilem Aku Belum Mahu Mati Di TV3

Telefilem Aku Belum Mahu Mati Di TV3

Saksikan telefilem Aku Belum Mahu Mati yang akan menemui penonton semula pada 5 Ogos 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Murali Abdullah dengan nukilan skrip daripada K. A Razhiyah.

Sinopsis Telefilem Aku Belum Mahu Mati

Telefilem Aku Belum Mahu Mati menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adil Putra, Zara Zya, Syida Melvin, Farah Ahmad, Kismah Johar, Faez Nik, Juriani Ramli, Tasha Shilla dan ramai lagi.

  • Datuk Adil Putra sebagai Irfan
  • Zara Zya sebagai Maria
  • Syida Melvin sebagai Nora
  • Farah Ahmad sebagai Bibik
  • Kismah Johar sebagai Ibu Irfan
  • Faez Nik sebagai Suami Nora

Ianya mengisahkan tentang tentang Maria seorang wanita yang bekerjaya namun tidak mementingkan soal keagamaan dan sukan mengumpul pelbagai jenis patung.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak endahkan nasihat agama tentang kepentingan solat dan pemakaian meskipun datang daripada rakan baiknya iaitu Nora.

Nasihat suaminya juga tidak dilayan. Baginya, kematian itu masih jauh dan merasakan dirinya masih muda.

Maria dan suaminya ke Bali, Indonesia untuk berbulan madu. Ketika di sana, Maria dihantui gangguan demi gangguan yang menakutkan. Gangguan itu datang seperti ingin menjemputnya ke alam kematian.

Tayangan Telefilem Aku Belum Mahu Mati

Jangan lupa saksikan Aku Belum Mahu Mati pada 5 Ogos 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam di Cerekarama TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem Aku Belum Mahu Mati Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Aku Belum Mahu Mati Di TV3"