Cara Beli Emas Public Gold Online Tahun 2024
Disini aku tunjuk cara beli emas Public Gold. Emas juga antara alternatif terbaik untuk anda simpan disamping wang kertas yang dimamah inflasi. Jadi antara platform terbaik adalah di Public Gold.
Kalau anda perasan, harga emas pastinya akan naik setiap tahun walaupun dalam keadaan macam mana sekali pun. Yang menentukan sedikit atau banyak sahaja.
Jadi disebabkan itu, aku ambil sendiri inisiatif, selain simpan di platform pelaburan risiko rendah seperti ASB dan Tabung Haji, aku nak simpan juga emas.
Disclaimer: Aku hanya kongsikan pengalaman beli emas di public gold dan bukan sebagai penasihat emas atau pelaburan.
Tapi anda kena tahu, pelaburan emas ini, bukan bermakna anda beli hari ini, esok terus untung. Ini bukan trading emas, tetapi pembelian emas untuk dijadikan aset.
Ianya bukan trading yang perlukan anda baca graf, baca isu semasa dan sebagainya. Tetapi lebih kepada simpanan persendirian. Anda beli, simpan dan jual semula dalam tempoh yang anda tetapkan.
Emas di Public Gold semua emas 999.9 tau. Boleh jual di Public Gold sendiri dan juga diterima mana-mana kedai emas seluruh Malaysia.
Patuh Syarikat Ke Public Gold Ni?
Rasanya ramai sudah biasa dengan emas Public Gold ni. Dikatakan tahun 2023, sudah ada sejuta pelanggan yang daftar dan jual beli dengan Public Gold.
Untuk mereka mencapai apa yang diperolehi tersebut, antara perkara yang dilakukan adalah dengan dapatkan sijil kepatuhan syariah. Orang Islam terutamanya pasti tidak ragu-ragu untuk berurusan.
Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang mempunyai sijil kepatuhan syariah. Boleh rujuk sini.
- Dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd
- Patuh syariah bagi belian dan jualan emas fizikal dengan bayaran penuh (Outright Purchase), bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP), jualan balik (Buy Back)
- Patuh syariah bagi belian akaun emas GAP
Jadi tiada masalah anda ingin jual beli di Public Gold. Yang penting, anda beli emas 10g, anda dapat emas 10g. Emas tersebut anda boleh simpan sendiri.
Cara Beli Emas Di Public Gold Secara Online
Kalau sebelum ini, kita dengar banyak penipuan pembelian emas. Ketika itu, biasanya kita akan guna orang tengah. Anda suruh orang belikan, tiba-tiba emas tak dapat, duit anda lesap.
Tapi dengan Public Gold ini, anda tidak lagi perlukan orang tengah tersebut. Anda kini boleh dapatkan atau beli jongkong emas anda sendiri. Lebih mudah, ianya boleh dilakukan secara online sahaja.
Biasa kita akan beli emas ikut berat (gram), tetapi di Public Gold, anda boleh beli emas serendah RM100. Dengan nilai tersebut, akan dikira dan ditukarkan kepada berat, gram mengiktu harga semasa.
Untuk mula beli emas di Public Gold, anda terlebih dahulu perlu daftar akaun. Percuma sahaja. Lepas tu, barulah anda boleh beli atau jual pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan hanya menggunakan akaun Public Gold anda tersebut
Untuk yang pertama kali dan berminat untuk beli emas di Public Gold, anda boleh ikuti langkah mudah seperti dibawah. Guna aplikasi Public Gold je lebih mudah.
- Download aplikasi Public Gold (Android | iOS)
- Daftar akaun Public Gold DISINI
- Masukkan butiran diri dan klik 'Daftar'. Pastikan email dan nombor telefon betul
- Login akaun PG di website terlebih dahulu di https://publicgold.com.my/login
- Username (PGXXX) | Password (No. IC)
- Sekarang anda boleh login di aplikasi Public Gold pula.
- Klik 'Topup'
- Masukkan nilai yang ingin anda beli dan simpan sama ada mengikut nilai (RM) atau berat (gram)
- Tik 'i agree...' dan klik 'Place Order'. Buat pembayaran biasa sehingga selesai.
- Done
Itu langkah untuk beli emas digital yang juga dipanggil Gold Accumulation Program (GAP) serendah RM100. Sekiranya anda ingin beli gold bar atau jongkong emas atau emas fizikal, anda boleh ikuti langkah dibawah
Cara Beli Emas Fizikal Untuk Simpanan Sendiri
Di Public Gold, banyak produk emas yang dijual termasuk gangsa. Berat emas bermula daripada 1g sehingga 1000g (1KG). Emas dinar pun ada.
- Login aplikasi Public Gold anda seperti biasa
- Pada bahagian tab bawah, pilih 'Shop' dan klik 'Buy' pada bahagian Physical Gold
- Disini anda hanya perlu cari produk yang anda ingin beli. Ada berat 5g, 10g, 20g, 50g dan sebagainya.
- Klik pada produk tersebut > pilih kuantiti > Add to Cart
- Kemudian pergi ke 'troli' anda di bahagian atas kanan > klik 'Checkout'
- Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai
- Done
Emas fizikal yang anda beli boleh dibuat bayaran seperti biasa atau secara ansuran (EPP). Anda boleh request untuk emas di hantar menggunakan pos ke rumah anda, atau boleh collect di cawangan Public Gold dengan buat temujanji terlebih dahulu.
Itulah cara untuk anda beli emas di Public Gold yang boleh dibuat secara online sahaja, tanpa perlu beli dengan orang lain. Lebih selamat. Anda beli, anda simpan sendiri.
Post a Comment for "Cara Beli Emas Public Gold Online Tahun 2024"
Post a Comment