Cara Beli Tiket Flight Firefly Secara Online Tahun 2023

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

Jika ada antara anda yang pertama kali nak travel jauh dan perlukan pengangkutan kapal terbang, tapi takda pengalaman beli tiket flight, anda boleh tengok disini cara beli tiket kapal terbang Firefly secara online sahaja.

Selain daripada Air Asia, Firefly juga antara syarikat penerbangan tambang murah yang ada di Malaysia. Jadi lepas ni, kalau rasa tak jumpa tiket murah di Air Asia, anda juga boleh cuba tengok tawaran tiket daripada firely.

Walaupun begitu, Firefly lebih mengfokuskan perjalanan dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak serta sekitar Indonesia, Singapura dan Thailand. Jadi lokasi atau destinasi yang lebih jauh, Firefly tidak menawarkan penerbangan. Kena cari pilihan lain seperti MAS, Air Asia dan lain-lain.

Sebenarnya untuk buat tempahan tiket kapal terbang atau booking flight ini kaedah atau caranya sama sahaja seperti syarikat penerbangan lain. Jika anda lihat kaedah tempahan Air Asia lebih kurang sahaja dengan tempahan di Firefly.

Jadi proses tempahan tidak terlalu rumit. Anda hanya perlu daftar sebagai pengguna dan mula buat tempahan atau beli tiket kapal terbang sesuai dengan destinasi pelancongan yang anda ingin tuju. Semuanya secara online sahaja.

Cara Beli Tiket Flight Firefly

Sebenarnya terdapat pelbagai platform untuk anda beli tiket selain daripada website Firefly sendiri. Sebagai contoh, anda boleh beli di trip.com, traveloka, airpaz dan sebagainya. Tapi lebih baik, anda beli di website syarikat penerbangan tersebut lebih mudah urusannya.

Anda boleh buat tempahan sama ada menggunakan aplikasi Firefly Airlines di telefon pintar atau lebih mudah menggunakan website Firefly sendiri iaitu di www.fireflyz.com.my. Nak beli tiket flight, takda passport takpa, nak check-in nanti baru kena ada pasport.

DAFTAR AKAUN FIREFLY

1.  Daftar Akaun FireFly

Sebelum anda beli tiket kapal terbang, anda terlebih dahulu perlu daftar akaun Firefly. Pergi ke website www.fireflyz.com.my kemudian klik pada Login/Signup > FY Member Login dan klik 'Register'.

Cara daftar akaun firefly untuk beli tiket kapal terbang

Cara daftar akaun firefly untuk beli tiket kapal terbang

2. Isikan Butiran Peribadi

Disini anda perlu penuhkan segala butiran peribadi anda bermula dengan User ID (email), password, nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, no. MyKad dan no. Pasport. Dah lengkap semua, klik 'Register'

Cara daftar akaun firefly untuk beli tiket kapal terbang

3.  Selesai

Dah selesai dan dapatkan akaun Firefly, barulah anda boleh teruskan untuk beli tiket kapal terbang firefly lepas ni.

BELI TIKET KAPAL TERBANG FIREFLY

Dah selesai, daftar akaun Firefly, barulah anda boleh mula beli tiket kapal terbang iaitu menerusi laman web www.fireflyz.com.my.

1.  Pilih Destinasi Dan Tarikh Penerbangan

Untuk permulaan ini, anda perlu pilih destinasi asal (origin) anda. Kemudian pilih destinasi yang ingin dituju (destination). Kemudian pilih tarikh berlepas (depart) dan tarikh kembali (return). Dah selesai, klik 'search'

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

2.  Pilih Waktu Penerbangan

Kemudian anda akan dibawa kepada pilihan waktu. Disini akan dipaparkan segala waktu penerbangan mengikut tarikh yang anda tetapkan pada awalnya. Ada penerbangan jenis economy dan business serta dipaparkan bersama harga.

Pada bahagian pertama, anda pilih untuk tarikh berlepas (depart). Tik pada waktu yang anda inginkan.

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

Kemudian pada bahagian kedua adalah tarikh untuk return (kembali). Disini pun anda boleh tukar tarikh lain, jika tiada pilihan dengan tawaran harga yang murah. Tik juga pada waktu yang anda inginkan.

Akhir sekali, jika sudah selesai, klik pada butang 'Next'

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

3.  Penuhkan Butiran Peribadi

Pada bahagian kedua, akan dibawa kepada maklumat peribadi sebagai penumpang. Kalau seorang, anda masukkan butiran seorang sahaja. Pastikan nama dan tarikh lahir betul. Cara isi nama yang betul, anda boleh rujuk gambar disini.

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

Kemudian lengkapkan butiran untuk dihubungi sekiranya apa-apa yang berlaku. Jika sudah lengkap, klik 'Continue'

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

4.  Add-ons Dan Pilihan Tempat Duduk Jika Perlu

Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian tambahan dan pemilihan tempat duduk. Kesemua ini adalah pilihan tau. Anda boleh sahaja tak ambil. Kalau tak nanti, kena bayar lebih pula. Jika tidak bermanat, tik pada 'No thanks,...' dan klik 'Next'

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

5. Buat Pembayaran

Akhir sekali adalah proses pembayaran. Anda boleh pilih guna kad kredit/debit, guna Touch 'n Go eWallet, perbankan online, atome, VISA, FPX, GrabPay dan sebagainya. Disini juga akan dipaparkan jumlah bayaran tiket yang anda perlu bayar.

Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai.

Cara Beli Tiket Kapal Terbang Firefly Secara Online

Selepas pembayaran berjaya dibuat, anda akan menerima pengesahan tiket di akaun Firefly anda atau menerusi emel. Seminggu sebelum fly, boleh la check-in dan dapatkan tiket atau e-boarding pass.

Selesai...

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Beli Tiket Flight Firefly Secara Online Tahun 2023"