Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

Saksikan telefilem Cinta Sesungguhnya yang akan menemui penonton semula pada 19 Ogos 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip daripada Raja Azidah.

Sinopsis Telefilemm Cinta Sesungguhnya

Telefilem Cinta Sesungguhnya menampilkan barisan pelakon seperti Fikry Ibrahim, Intan Najuwa, Khaty Azian, Laila Nasir, Nazeera Sardi, Zaryn Min, Aimi Said, Manan Sulaiman dan ramai lagi.

  • Fikry Ibrahim sebagai Razlan
  • Intan Najuwa sebagai Farisha
  • Khaty Azian sebagai Norlia
  • Laila Nasir sebagai Rosnah
  • Nazeera Sardi sebagai Dr. Azlina
  • Zaryn Min sebagai Salmi
  • Aimi Said sebagai Abang Mat

Ianya mengisahkan tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder.

Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia. Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius.

Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik. Dr. Azlina nasihatkan Farisha yang dia perlu teruskan treatment tetapi Farisha membantah dan bertegas mengatakan yang dia sudah sihat.

Farisha sudah beberapa tahun menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, dan kini berada pada fasa stabil, namun masih memerlukan pantauan berterusan di fasa relapse prevention.

Dr. Azlina bimbang dengan kedegilan Farisha yang tidak mahu lagi dipantau. Farisha tidak boleh terima apabila Dr. Azlina kata penyakitnya mungkin boleh berulang sedangkan dia yakin yang dia sudah benar-benar pulih.

Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Cinta Sesungguhnya Di TV3"