Drama Gadis Muzikal - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Gadis Muzikal

Saksikan drama terbaru Gadis Muzikal yang akan menemui penonton mulai 17 Ogos 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Keria Women yang telah tamat siaran.

Anda boleh saksikan drama ini setiap hari Khamis hingga Sabtu, pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Drama 13 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dengan nukilan skrip daripada Irwan Mansor.

Info Drama

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 17 Ogos 2023 (Khamis - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Irwan Mansor
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Gadis Muzikal

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama Gadis Muzikal menampilkan barisan pelakon seperti Serena Claire, Fiza Thomas, Khodi, Tika Nasir, Aisha sebagai teraju utama.

Mereka dibantu oleh Hafeez Adam, Mark Adam, Rahmad Mega, Azza Elite, Ani Maiyuni, Nadia Kesuma, Fauziah Latiff, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.

  • Serena Claite sebagai Lulu
  • Khodi sebagai Shikin
  • Tika Nasir sebagai Aifa
  • Aisha Retno sebagai Melly
  • Fiza Thomas sebagai Una
  • Miss Jay sebagai Fauziah Ahmad Daud

Sinopsis Drama Gadis Muzikal

Drama Gadis Muzikal mengisahkan tentang Syikin, Aifa, Una, Lulu dan Melly yang masing-masing datang daripada latar belakang yang berbeza tetapi telah berjaya menyertai sebuah program realiti secara maya dimana mencari ahli bagi satu kumpulan trio yang bernama 'Angelz'.

Setelah dinilai oleh Miss Jay dalam sesi uji bakat, mereka berlima telah terpilih untuk menyertai program realiti ini, lalu mereka berlima telah ditempatkan di satu rumah banglo serta diasing daripada orang ramai.

Demi memastikan program realiti itu mendapat rating yang tinggi, mereka berlima diberikan tugas dan misi yang berbeza setiap minggu. Namun begitu, pencapaian pada minggu pertama tidak memuaskan hati bagi syarikat yang bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, dia ketua pegawai eksekutif, Azman (Mark Adam) telah mengarahkan Miss Jay, Kurt dan Ben untuk permainan bagi program tersebut demi menaikkan rating sekali gus mendapat tempat bagi para penonton.

Antara permainan yang diatur adalah perubahan karakter dimana Una, Lulu dan Melly perlu menjadi pembuli terhadap Syikin dan Aifa. Disebabkan itu, rating program tersebut naik seperti yang diingikan berlaku.

Namun. Una tidak tahan lagi dengan situasi di banglo tersebut. Dia telah menarik diri. Hal ini memaksa Miss Jay, Kurt dan Ben untuk memujuknya. Apakah lagi yang bakal berlaku dalam pencatian trio terbaik dalam program ini?

Drama Gadis Muzikal

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Gadis Muzikal - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"