Jadual Siaran Langsung Liga Super Piala Malaysia 2023 Minggu Ini

Jadual Siaran Langsung Liga Super 2023

Untuk semua peminat bola sepak tempatan, disini dikongsikan jadual siaran langsung Liga Super 2023 dan live streaming bagi setiap perlawanan untuk setiap minggu.

Untuk musim terbaru ini, Astro dan RTM telah dipilih sebagai penyiar rasmi untuk Liga Malaysia 2023  iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

JDT sebagai penyandang juara Liga Super pastinya akan memberikan tentang yang lebih padu kepada mana-mana pasukan demi mempertahankan trofi yang dimenangi sejak 2014 yang lalu.

Pasukan-pasukan lain juga pastinya tidak mahu terlepas untuk cuba memenangi setiap perlawanan dan cuba juga untuk merampas takhta kejuaraan.

Setiap minggu kita bakal dapat saksikan perlawanan bola sepak berprestij tinggi yang ditunjukkan daripada setiap pasukan. Dengan barisan pemain baru tempatan mahupun import yang dibawa masuk.

Pasukan manakah bakal bergelar juara Liga Super 2023 kali ini? Adakah JDT mampu untuk mempertahankan sekali lagi? Atau akan ada pasukan baru nanti?

Tarikh Perlawanan Liga Super 2023

Secara rasminya Liga Malaysia 2023 bermula pada 24 Februari 2023 dengan aksi pembukaan menerusi Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih yang juga merupakan perlawanan pertama Liga Super.

Saingan Liga Super untuk musim kali ini akan bermain dalam format liga dua pusingan. Untuk pusingan pertama, akan berlangsung dari 24 Februari hingga 4 Jun 2023 (LS1 - LS13).

Manakala untuk pusingan kedua akan bermula daripada LS14 iaitu 7 Jun hingga 17 Disember 2023 iaitu LS26

  • 24 Februari - 4 Jun 2023 (LS1 - LS13) - Pusingan Pertama
  • 7 Jun - 17 Disember 2023 (LS14 - LS26) - Pusingan Kedua

Senarai Pasukan Bermain Dalam Liga Super 2023

Untuk musim 2023, telah diumumkan sebanyak 14 pasukan yang layak dan mengambil bahagian. 10 pasukan merupakan pasukan yang sedia ada di liga super sebelum ini.

Manakala 4 pasukan dibawa daripada Liga Premier; Kuching City, Kelantan, Kelantan United, Perak dan PDRM

  1. Johor Darul Ta'zim (JDT)
  2. Sri Pahang
  3. Selangor
  4. KL City
  5. Kedah Darul Aman
  6. Negeri Sembilan
  7. Kelantan United
  8. Kelantan
  9. Kuching City
  10. PDRM
  11. Perak
  12. Terengganu
  13. Sabah
  14. Penang

Jadual Waktu Perlawanan Siaran Langsung Liga Super 2023

Liga Super 2023 telah memasuk edisi ke-20. Untuk tahun ini, perlawanan pembukaan adalah pertemuan antara JDT dan Terengganu dalam perebutan Piala Sumbangsih 2023.

Untuk musim kali ini, perlawanan akan berlangsung pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad serta pada pertengahan minggu iaitu Isnin, Selasa, Rabu atau Khamis.

Perlawanan Liga Super untuk tahun 2023 akan disiarkan semuanya iaitu menerusi TV2, TV Okey, Sukan RTM, Astro Arena Bola (CH803), Astro Arena Bola 2 (CH804), Astro Arena Bola 3 (CH807).

Bukan itu sahaja, selain di kaca tv, penonton juga boleh live streaming untuk semua perlawanan Liga Malaysia 2023 iaitu menerusi platform web sooka.my atau menggunakan aplikasi Sooka.

Manakala waktu perlawanan pula akan berlangsung antara 3 waktu termasuk petang dan malam mengikut jadual yang ditetapkan :

  • 5.30 Petang
  • 8.15 Malam
  • 9.00 Malam

Siaran Langsung Liga Super 2023 (LS22)

Berikut merupakan jadual penuh siaran langsung bagi perlawanan Liga Super 2023 untuk minggu kedua puluh dua (LS21) beserta live streaming

27 September 2023 (Rabu)

FT : JDT (4) - (0) PDRM

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sulta Ibrahim
Tayangan TV : TV Okey
Live Streaming : RTM dan Sooka

29 September 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (0 - (4) Selangor

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Kelantan vs Sabah (Ditunda ke tarikh yang akan diumumkan)

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

30 September 2023 (Sabtu)

FT : KL City (0) - (1) Kedah

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

FT : Sri Pahang (3) - (2) Kuching City

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan TV : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

1 Oktober 2023 (Ahad)

FT : Negeri Sembilan (0) - (1) Perak

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan TV : TV Okey
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

FT : Kelantan United (1) - (0) Penang

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro dan Sooka

Jadual siaran langsung Liga Super 2023 ini akan dikemaskini setiap minggu ketika perlawanan berlangsung. Semoga bermanfaat untuk anda yang mencari jadual perlawanan beserta siaran langsung dan live streaming.



Related : jadual liga super minggu ini, perlawanan liga super minggu ini, jdt, jdt vs pdrm, pdrm, liga super 2023, johor darul ta'zim, live streaming liga super, live streaming perlawanan minggu ini, jdt juara liga super 2023, jdt juara liga super, jdt juara sepuluh kali berturut-turut, jdt juara sedekad.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post