Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Sri Pahang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Sri Pahang Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kesembilan belas dan antara perlawanan berlangsung Kedah vs Sri Pahang iaitu pada 8 Ogos 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar.

Kesemua perlawanan pada minggu ini akan bermain dalam hari biasa dan untuk hari pertama ini bakal melibatkan tiga perlawanan secara keseluruhannya.

Pertembungan Kedah vs Sri Pahang

Untuk musim kali ini, kedua-dua pasukan Kedah Darul Aman dan Sri Pahang telah bertemu sekali iaitu ketika dalam saingan liga juga dan ini merupakan pertemuan kali kedua sepanjang musim.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Darul Makmur ketika itu, telah menyaksikan Sri Pahang terpaksa akur apabila bolos pada minit akhir dan hanya mampu berkongsi mata sahaja.

Kali ini, Kedah pula akan melayan kunjungan Sri Pahang di Darul Aman. Pastinya kelebihan yang tidak akan disia-siakan oleh pasukan tuan rumah pada perlawanan nanti.

Kedah Mahu Dapatkan Tiga Mata

Kedah kini dalam prestasi terbaik. Jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir, mereka hanya tewas sekali sahaja dan menang keempat-empat perlawanan tersebut.

Keadaan lebih baik yang digambarkan untuk pasukan Kedah apabila kini mereka telah menang tiga perlawanan berturut-turut dan pastinya momentum tersebut akan dibawa ketika bertemu dengan Sri Pahang nanti.

3 mata sangat penting untuk Kedah dimana mereka mampu untuk memintas Selangor di tempat kedua. Tambahan pula, Kedah kini sama mata dengan Sri Pahang dan hanya dipisahkan dengan jaringan sahaja

Sri Pahang Juga Memburu Mata Penting

Akan tetapi Sri Pahang juga tidak mahu berputih mata apabila pulang daripada Alor Setar nanti. Mereka juga mahukan mata maksimum bagi mengukuhkan kedudukan empat teratas.

Jika mereka tewas dan Sabah yang berada di tempat kelima menang, Sri Pahang akan turun satu tangga. Jadi jika tida mampu untuk mengutip mata maksimum, sekurang-kurangnya mereka berjaya mencuri satu mata.

Sekiranya Sri Pahang menang kepada Kedah, mereka mampu untuk melonjak ke tangga ketiga dan sekiranya menang besar, mungkin mampu untuk memintas Selangor di tangga kedua.

Senarai Kesebelasan Utama Kedah vs Sri Pahang

Berikut merupakan senarai kesebelasan utama bagi pasukan Kedah dan Sri Pahang dalam perlawanan ini.

pemain kedah vs sri pahang

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Untuk penyokong kedua-dua pasukan terutamanya tuan rumah, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Kedah vs Sri Pahang Liga Super 2023

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Manakala untuk yang tiada akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 sahaja.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kedah vs Sri Pahang

Jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS19 antara Kedah Darul Aman vs Sri Pahang pada 8 Ogos ini, hari Selasa secara langsung di Stadium Darul Aman atau live di Astro.

Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

8 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Kedah (2) - (0) Sri Pahang

  • Ifedayo Omosuyi 4'
  • J. Partiban 42'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangann : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post