Terdapat tiga lagi perlawanan Liga Super 2023 yang bakal berlangsung pada hari ini dan masih dalam minggu kedua puluh satu antaranya adalah pertemuan Kelantan United FC vs Sri Pahang FC iaitu pada 27 Ogos 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Ini juga mungkin menjadi antara perlawanan tumpuan pada hari ini yang juga merupakan derby Pantai Timur. Satu kumpulan yang berpengkalan di Kelantan iaitu Kelantan United FC dan satu lagi berada di Pahang iaitu Sri Pahang FC.
Pada tahun 2023, kedua-dua pasukan ini telah pun bertemu sekali iaitu pada bulan April yang lalu ketika pusingan pertama saingan liga dan ketika itu pada minggu kelapan (LS8). Untuk pertemuan pertama, mereka telah bermain di Kuantan.
Dalam pertemuan tersebut, Kelantan United hampir sahaja mampu mencuri mata, tetapi jaringan minit terakhir permainan daripada Stefano Brundo membuatkan pasukan lawan berputih mata dan sekali gus memberikan kemenangan kepada Sri Pahang.
Jadi ini perlawanan kali kedua untuk kedua-dua pasukan. Jika sebelum ini, bermain di Darul Makmur dan pertemuan kali ini giliran Kelantan United pula akan menerima kunjungan Sri Pahang di Kota Bharu bagi menghadapi perlawanan ini.
Untuk rekod, Kelantan United kini berada di tangga ke-12 liga dengan hanya berjaya mengumpul 8 mata daripada 19 perlawanan. Manakala Sri Pahang ditempat kelima liga dan telah mengumpul 37 mata juga daripada jumlah perlawanan yang sama.
Jika dilihat daripada segi prestasi semasa, Kelantan United bukanlah berada dalam keadaan yang baik. Dalam lima perlawanan terakhir, mereka hanya mampu mengumpul 2 mata sahaja dimana mereka telah tewas dalam tiga perlawanan.
Sedikit berbeza dengan pasukan Sri Pahang. Meskipun mereka tewas pada perlawanan terakhir sebelum ini, jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir, mereka menang tiga daripadanya. Itu merupakan antara petanda yang baik berbanding pihak lawan.
Tetapi jika bermain di halaman sendiri, itu pastinya sedikit sebanyak akan memberikan kepada pasukan. Bukan sahaja bermain di tempat sendiri, Kelantan United juga mempunyai kelebihan apabila adanya kehadiran penyokong yang datang.
Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Dapatkan tiket sekarang yang kini sudah mula dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United vs Sri Pahang
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS21 antara Kelantan United FC dan Sri Pahang FC yang akan berlangsung pada 27 Ogos ini, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Perlawanan ini turut akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di RTM Klik atau aplikasi Sooka secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan.
27 Ogos 2023 (Ahad)
FT : Kelantan United (1) - (5) Sri Pahang
- Azriff Nasrulhaq 10'
- Sergio Aguero 23', 27'
- Kpah Sherman 66'
- Royizzat Daud 77'
- David Rowley 90+2'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhamamd Ke-IV
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik | Sooka
Post a Comment