Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Terengganu Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan United vs Terengganu Liga Super 2023

Pertemuan Kelantan United vs Terengganu akan berlangsung pada 8 Ogos 2023, hari Selasa iaitu untuk aksi Liga Super 2023 minggu kesembilan belas di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Pertembungan Kelantan United vs Terengganu

Untuk musim 2023, Kelantan United dan Terengganu pernah bertemu sekali iaitu juga dalam saingan liga yang berlangsung di minggu keenam (LS6) pada bulan Mac yang lalu.

Dalam perlawanana tersebut, Terengganu berjaya memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila menang tipis 2-1 kepada Kelantan United.

Kelantan United Mencari Kemenangan Kedua Liga

Sudah banyak perlawanan, Kelantan United tidak berjaya mendapatkan 3 mata penting walaupun berdepan dengan pasukan yang mampu untuk ditewaskan.

Akan tetapi, mereka tetap terus berjuang untuk mencari mata berharga tersebut supaya mampu untuk membaiki kedudukan.

Terengganu Mahukan Kemenangan Dalam Perlawanan Ini

Sudah tiga perlawanan berturut-turut Terengganu hanya mampu pulang dengan 1 mata sahaja. Kali terakhir mereka menang perlawanan pula pada awal Julai yang lalu.

Tidak boleh tidak, pastinya mereka inginkan 3 mata ketika bertemu Kelantan United ini ekoran prestasi dan kedudukan liga mereka sepertinya ada kelebihan untuk Terengganu.

Senarai Kesebelasan Utama Kelantan United vs Terengganu

Berikut merupakan senarai kesebelasan utama bagi pasukan Kelantan United vs Terengganu dalam perlawanan ini.

kesebelasan utama Kelantan united vs terengganu

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium khususnya untuk kedua-dua penyokong daripada pasukan masing-masing. Boleh beli sama ada secara online menerusi www.tickethotline.com.my atau secara manual yang dijual diperkarangan stadium.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Kelantan United vs Terengganu Liga Super 2023

Untuk yang berada di rumah dan ingin menyaksikan perlawanan ini, anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 yang berharga RM9.90 untuk satu perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kelantan United vs Terengganu

Jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS19 antara Kelantan United vs Terengganu pada 8 Ogos ini, hari Selasa secara langsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV atau live di Astro.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini selepas tiupan wisel terakhir pada malam tersebut.

8 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Kelantan United (1) - (4) Terengganu

  • Ivan Mamut 29' (P)
  • Sony Norde 73'
  • Nik Sharif Haseefy 84'
  • Ismaheel Akinade 86'
  • Hakimi Abdullah 90+3'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhamamd Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post