Aksi Piala Malaysia 2023 diteruskan lagi dengan pertemuan Kelantan vs JDT yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2023 bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Untuk pusingan awal ini, ianya melibatkan 16 pasukan iaitu terdiri daripada semua 12 pasukan liga super dan 4 pasukan teratas daripada liga m3.
Kejohanan ini akan bermula daripada pusingan 16 terbaik dan ianya dimainkan secara timbal balik. Jadi untuk aksi pertama, Kelantan akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu.
Pertemuan Kelantan vs JDT
Untuk tahun 2023 ini, kedua-dua pasukan Kelantan dan JDT telah bertemu sebanyak dua kali dan kedua-duanya adalam dalam saingan Liga Super 2023. Ini pertemuan kali ketiga.
Dalam perlawanan tersebut, kedua-duanya juga dimenangi oleh JDT baik bermain di Kota Bharu mahupun di Iskandar Puteri.
Kali ketiga ini pula akan bermain secara timbal balik dan semestinya kedua-duanya akan menjadi tuan rumah dan pasukan pelawat.
Kelantan Akan Terus Berikan Tentangan
Walaupun kita sudah ketahui keputusan-keputusan sebelum ini membabitkan kedua-dua pasukan, Kelantan pastinya bertekad tidak mahu ianya berulang kembali.
Dalam bola sepak, pelbagai perkara boleh berlaku. Apa yang dijangka akan berlaku, mampu untuk tidak terjadi dan sebaliknya.
Meskinpun agak mustahil untuk membolosi gawang JDT apatah lagi menumpaskan mereka, Kelantan akan tetap terus mencuba termasuklah daripada pasukan-pasukan lain.
JDT Tekad Untuk Terus Memenangi Perlawanan
JDT sehingga ke masa ini, masih belum tewas dalam semua perlawanan serta dalam semua kejohanan. Tambahan pula mereka hanya pernah bolos sebanyak 3 gol sahaja.
Format kali ini pula lebih kepada bilangan gol. Pasukan yang mempunyai gol yang lebih banyak, akan mara ke pusingan seterusnya.
Jika dilihat, ianya sangat berkelebihan kepada JDT. Satu-satunya pasukan yang telah menjaringkan lebih 60 gol dalam 18 perlawanan dalam saingan liga.
Juga menjadi pasukan yang hanya bolos dengan single digit sahaja iaitu tiga gol. Mungkin mereka tidak akan berdepan masalah besar ketika bertemu Kelantan.
Keebelasan Utama Kelantan vs JDT
Berikut merupakan pemain kesebelasan utama bagi skuad Kelantan dan JDT dalam perlawanan ini
Pembelian Tiket Masuk Stadium
Tiket masuk stadium kini sudah mula dijual. Jadi penyokong untuk kedua-dua pasukan terutamanya tuan rumah, boleh dapatkan secara online di www.tickethotline.com.my.
Datang beramai-ramai untuk berikan sokongan padu kepad pasukan kesayangan anda. Disamping itu, boleh saksikan aksi sebenar boleh sepak yang bakal dipersembahkan daripada JDT.
Siaran Langsung Perlawanan Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2023
Perlawanan Kelantan vs JDT akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda untuk penonton di rumah menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.
Untuk yang tidak mempunyai akses astro, boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 untuk menontonnya.
Jadual Dan Keputusan Piala Malaysia 2023 Kelantan vs JDT (1st Leg)
Saksikan perlawanan JDT vs Johor Darul Ta'zim untuk perlawanan pertama (first leg) saingan Piala Malaysia 2023 pusingan 16 terbaik, hari Jumaat ini, pada pukul 8.15 malam.
Manakala untuk keputusan pula, akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.
4 Ogos 2023 (Jumaat)
FT : Kelantan (1) - (5) JDT
- Bergson da Silva 6'
- Heberty 15', 24'
- Shahrul Saad 50'
- Nazmi Faiz 67'
- Khala' if Naskam 85'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka
Post a Comment