Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Kelantan vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ini LS19 dan antara perlawanan yang berlangsung adalah Kelantan vs Negeri Sembilan iaitu pada 9 Ogos 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Jika semalam kita sudah saksiakn tiga perlawanan yang berlangsung dan hari terakhir ini akan berlangsung lagi tiga perlawanan termasuk pertemuan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Pertembungan Kelantan vs Negeri Sembilan

Untuk musim kali ini, kedua-dua pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan telah bertemu sekali pada minggu keenam (LS6), juga dalam saingan liga dan ini merupakan pertemuan kali kedua untuk tahun 2023.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Paroi ketika itu, telah menyaksikan tuan rumah, negeri Sembilan berjaya menumpaskan pasukan Pelawat, Kelantan dengan jaringan 4-2.

Tetapi kali ini, ianya akan berlangsung di Kota Bharu dan Kelatan pula akan melayan kunjungan Negeri Sembilan. Apakah yang akan berlaku dalam perlawanan ini?

Kelantan Cuba Mencari Kemenagan Kedua

Kelantan merupakan pasukan tercorot liga dan dalam 18 perlawanan, mereka hanya mampu meraih 5 mata sahaja menerusi satu kemenangan dan 2 keputusan seri.

Prestasi ini pastinya tidak akan disukai oleh mana-mana pasukan. Berada di tempat terakhir dalam waktu tempoh yang sangat lama.

Tetapi perlawanan ini pastinya ada sedikit kelebihan untuk Kelantan. Disamping bermain di halaman sendiri, pasukan lawan juga bukanlah berada dalam prestasi yang baik dalam 5 perlawanan akhir.

Negeri Sembilan Perlu Berwaspada

Tidak mustahil Kelantan mampu untuk memberikan kejutan dalam perlawanan ini jika dilihat pretasi semasa yang ditunjukkan oleh Negeri Sembilan.

Dalam perlawana Piala Malaysia juga, Negeri Sembilan hanya mampu menang tipis terhadap pasukan yang juga berada di tempat tercorot liga.

Tidak mustahil Kelatan dapat megambil kesempatan untuk menundukkan Negeri Sembilan, ditambah jika penyokong berikan sorakan dan sokongan padu pada perlawanan ini.

Senarai Kesebelasan Utama Kelantan vs Negeri Sembilan

Berikut merupakan senarai kesebelasan utama bagi pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan dalam perlawanan ini.

Senarai Kesebelasan Utama Kelantan vs Negeri Sembilan

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Jangan terlepas untuk dapatkan tiket masuk terutamanya bagi penyokong tuan rumah. Anda kini sudah boleh mula beli tiket perlawanan secara online di www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Kelantan vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Bagi anda yang menonton dari rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming iaitu dengan menggunakan laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Kelantan vs Negeri Sembilan

Jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 LS19 antara Kelantan vs Negeri Sembilan pada 9 Ogos ini, hari Rabu secara langsung di Stadium Sultan Muhamam Ke-IV atau live di Astro.

Manakala keputusan untuk perlawanan ini pula, akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Kelantan (2) - (0) Negeri Sembilan

  • Leonardo Rolon 2', 30'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post