Hari kedua untuk minggu kedua puluh Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan dua perlawanan berbaki dan antara yang berlangsung adalah pertemuan dua buah pasukan pantai timur Kelantan FC vs Terengganu FC.
Pastinya perlawanan yang bakal berlangsung pada 14 Ogos 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ini menjadi tumpuan hari ini kerana ianya adalah Derby Pantai Timur. Pasukan manakah jadi raja disini?
Kedua-dua pasukan iaitu Kelantan dan Terengganu masing-masing telah bertemu sebanyak dua kali untuk musim 2023. Ini merupakan pertemuan kali ketiga. Pertamanya mereka bertemu dalam saingan liga pada minggu ketujuh (LS7) bulan April. Manakala kali kedua adalah di pusingan suku akhir Piala FA 2023
Kedua-dua perlawanan tersebut dimenangi oleh Terengganu. Kali pertama dalam saingan liga, Terengganu menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan membenam pasukan Kelantan dengan jaringan lima gol tanpa balas.
Kemudian pertemuan kedua, Terengganu sekali lagi memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila berjaya menumpaskan Kelantan buat kali kedua dengan jaringan 4-2. Dengan itu, Terengganu berjaya mara ke semin final dan perjalanan Kelantan terhenti disitu.
Kelantan Mampu Bangkit Untuk Mencipta Sesuatu
Siapa sangka kejutan yang dibuat oleh Kelantan pada minggu lalu apabila berjaya mendapatkan 3 mata apabila bertemu Negeri Sembilan. Setelah tewas untuk banyak perlawanan, akhirnya Kelantan berjaya mendapatkan kemenangan.
Dalam perlawanan tersebut, Kelantan berjaya menumpaskan skuad Jang Hobin dengan jaringan 2-0. Kebangkitan tersebut menjadi lebih manis apabila ianya terjadi ketika bermain di Kota Bharu dan dihadapan penyokong sendiri.
Mungkin ini adalah petanda awal yang menunjukkan Kelantan akan bangkit dalam perlawanan yang berbaki sekali gus keluar daripada zon bawahan liga dan terus akan memberikan saingan hingga ke garisan penamat.
Terengganu Perlu Waspada Dengan Pasukan Lawan
Dua kali bermain di tempat sendiri dan kali ini Terengganu akan bertandang ke Kota Bharu untuk membuat perhitungan untuk kali ketiga. Tetapi sedikit berbeza kerana mereka akan bermain di hadapan penyokong lawan.
Terengganu sepertinya tidak boleh pandan sebelah mata meskin pun pernah menang pertemuan-pertemuan sebelum ini. Jika tidak, Kelantan pastinya akan mengambil kesempatan tersebut untuk mencuri 3 mata tersebut.
Tapi adakah Kelantan boleh menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan tonik tambahan kemenangan pada minggu sudah? Atau sekali lagi Terengganu tidak akan memberikan peluang sama seperti perlawanan sebelum ini.
Jadi penyokong-penyokong Kelantan, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam ini bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Beli tiket yang kini sudah dijual secara online di www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium.
Siaran Langsung Dan Live Streaming Kelantan vs Terengganu Liga Super 2023
Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini di rumah yang akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga serendah RM9.90 untuk satu perlawanan.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 LS20 antara Kelantan vs Terengganu pada 14 Ogos ini, hari Isnin secara langsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV atau live di Astro.
Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
14 Ogos 2023 (Isnin)
FT : Kelantan (0) - (8) Terengganu
- Ivan Mamut 14', 53', 66'
- Nurillo Tukhtasinov 28'
- Nik Sharif 36'
- Engku Nur Shakir 41'
- Safwan Mazlan 47'
- Hakimi Abdullah 63'
Masa : 9.00 Malam (dimulakan pada jam 10.30 malam akibat cuaca)
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment