Masih lagi dengan siangan Piala Malaysia 2023 untuk pusingan 16 terbarik dan untuk hari terakhir akan ada dua perlawanan lagi dan salah satunya pertemuan Kuching City vs Sabah.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 5 Ogos 2023, hari Ahad pukul 8.15 malam dimana ianya akan diadakan di Stadium Negerid di Kuching Sarawak.
Jika khamis dan jumaat semalam kita sudah ketahui keputusan melibatkan enam perlawanan secara keseluruhan untuk pusingan pertama, hari ini ada dua lagi. Satu untuk sesi petang dan satu untuk sesi malam.
Pertemuan Kuching City vs Sabah
Kedua-dua pasukan, Kuching City dan Sabah telah bertemu sebanyak dua kali untuk musim 2023 dan kedua-duanya adalah dalam saingan liga.
Kita sudah ketahui, Sabah memenangi pertemuan tersebut. Kali ini pertama mereka menang 2-1 ketika bermain di Kuching dan kali kedua juga menang 4-3 ketika bertembung di Likas.
Kuching City Akan Cuba Lagi Untuk Pertemuan Kali ini
Jika dilihat dalam setiap pertembungan kedua-dua pasukan, Kuching City tewas hanya dipisahkan dengan satu gol sahaja. Erti kata lain, mereka sebenarnya mampu untuk cipta kejutan.
Jadi untuk pertemuan kali ketiga ini, pastinya mereka akan berikan lebih daripada sepenuhnya berbanding pada perlawanan sudah untuk meraih kemenangan dan membawa bekal yang selesa untuk perlawanan kedaua.
Sabah Tidak Akan Pandang Rendah
Walaupun diatas kertas, Sabah berkelebihan berbanding Kuching City, pada perlawanan dengan format kalah mati ini, pastinya keadaan lebih berbeza.
Jika di dalam liga, anda tewas, masih mampu untuk meneruskan cabarang pada perlawanan seterusnya. Format kalah mati ini, jika anda tewas, anda tidak lagi bermain untuk perlawanan seterusnya.
Sabah pastinya tidak mahukan ini terjadi. Mereka juga pastinya ingin meneruskan cabaran dalam Piala Malaysia 2023 sehingga ke final bagi merebut trofi tersebut.
Pembelian Tiket Masuk Stadium
Pembelian tiket kini sudah dibuka. Kedua-dua penyokong untuk pasukan Kuching City dan Sabah sudah boleh beli tiket secara online menerusi www.tickethotline.com.my.
Ini juga boleh dikatakan sebagai derby borneo, jadi penyokong dan penonton pastinya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan ini.
Siaran Langsung Perlawanan Kuching City vs Sabah Piala Malaysia 2023
Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi laman web atau menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023
Jadual Dan Keputusan Piala Malaysia 2023 Kuching City vs Sabah (1st Leg)
Saksikan perlawanan Kuching City vs Sabah untuk perlawanan pertama (first leg) dalam saingan Piala Malaysia 2023 pusingan 16 terbaik, hari Sabtu pada pukul 8.15 malam.
Keputusan untuk perlawanan ini pula, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
5 Ogos 2023 (Sabtu)
FT : Kuching City (0) - (3) Sabah
- Ramon Machado 4', 7'
- Daniel Ting 15'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment