Hari kedua untuk aksi Liga Super 2023 minggu kedua puluh satu diteruskan lagi dengan tiga perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan Kuching City FC vs Terengganu FC.
Ini merupakan perlawanan pertama yang diadakan pada hari ini, iaitu pada 26 Ogos 2023, heri Sabtu bertempat di Stadium Negeri, Kuching. Kali ini giliran Kuching City pula akan menjadi tuan rumah.
Pertembungan Kuching City vs Terengganu
Untuk musim 2023, kedua-dua pasukan Kuching City dan Terengganu pernah bertemu sekali iaitu juga dalam saingan liga pada April yang lalu di minggu kelapan (LS8) dimana ketika itu Terengganu menjadi tuan rumah.
Dalam perlawanan tersebut, Terengganu berjaya mempergunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menewaskan pasukan pelawat ketika itu dengan jaringan dua gol kosong hasil jaringan kedua-duanya daripada Jordan Mintah.
Dalam lima perlawanan terakhir, Terengganu tidak tewas sebaliknya meraih keputusan seri sebanyak tiga kali dan dua kemenangan berturut-turut yang diperoleh dalam perlawanan terakhir mereka yang kedua-duanya adalah di tempat lawan.
Sebelum ini, mereka telah membelasah Kelantan sehingga lapan gol dan ini pastinya menjadi tonik tambahan yang terbaik akan dibawa ke perlawanan kali ini bagi meneruskan rentak kemenangan ketika bertemu Kuching City
Kuching City kini berada di tangga tercorot liga dimana mereka hanya mampu meraih 7 mata dalam 18 perlawanan yang telah mereka harungi setakat ini dalam saingan liga. Adakah mereka mampu untuk keluar daripada zon bawahan liga tersebut?
Terengganu bukanlah calang-calang pasukan yang mudah ditumbangkan. Jika melihat prestasi semasa, ianya sangat berbeza dengan pasukan lawan. Lima perlawanan terakhir, Kuching City hanya mampu mengutip 1 mata sahaja.
Jadi kali ini Kuching City ada sedikit kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang akan tidak putus-putus untuk memberikan semangat sepanjang perlawanan.
Untuk merialisasikan hasrat tersebut, penyokong tuan rumah kena dapatkan tiket masuk ke stadium sekarang. Kini anda boleh dapatkan secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket di kaunter stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs Terengganu
Untuk yang tidak hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go percuma untuk pengguna pek sukan.
Manakala bagi anda yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton perlawanan ini secara live streaming di platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM9.90 untuk satu perlawanan.
Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 LS21 antara Kuching City FC dan Terengganu FC pada 26 Ogos ini, hari Sabtu secara langsung di Stadium Kuching atau live di Astro. Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
26 Ogos 2023 (Sabtu)
FT : Kuching City (0) - (2) Terengganu
- Shahrul Nizam 42'
- Engku Nur Shakir 55'
Masa : 4.45 Petang
Tempat : Stadium Kuching
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
Post a Comment