Siaran Langsung Separuh Akhir Malaysia vs Korea Piala Juara-Juara Asia 2023

Siaran Langsung Live Streaming Separuh Akhir Malaysia vs Korea Trofi Juara-Juara Asia 2023

Kini sudah memasuki peringkat kalah mati bagi kejohanan Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023 iaitu bermula di pusingan separuh akhir. Malaysia vs Korea bakal membuat perhitungan pada 11 Ogos 2023, hari Jumaat ini.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini akan berlangsung terlebih dahulu untuk perlawanan pertama dan untuk perlawanan separuh akhir kedua adalah melibatkan pertemuan antara juara tiga kali, India bertemu Jepun.

Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung selepas perlawanan penentuan tempat ke-5 dimana mempertemukan Pakistan dan China. Kesemua perlawanan ini akan berlangsung pada hari yang sama iaitu pada Jumaat.

The Speedy Tigers akan membuat perhitungan sekali lagi dengan Korea dan kali ini pertaruhannya lebih besar. Pasukan yang menang, akan mara ke peringkat akhir atau final Asian Champions Trophy 2023.

Perjalanan Malaysia Dalam Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2023

Pasukan hoki negara pada awal kejohanan bermula sangat baik apabila berjaya menundukkan dua pasukan iaitu China dan Pakistan dengan jaringan masing-masing 3-1 dan 5-1. Setiap pemain bermain dengan bersungguh-sungguh.

Kemudian pada perlawanan ketiga, Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan pasukan hoki nombor 4 dunia iaitu India apabila tewas dengan jaringan yang agak besar sebenarnya iaitu 5 gol tanpa balas pada perlawanan tersebut.

Meskipun begitu, semangat The Speedy Tigers tidak luntur apabila meneruskan perlawanan keempat bertemu Jepun. Mereka berjaya bangkit daripada kekecewaan tersebut dengan mengalahkan pasukan no. 19 dunia itu dengan jaringan 3-1.

Dengan keputusan yang diperoleh tersebut, Malaysia berjaya menempatkan diri di pusingan separuh akhir meskipun masih berbaki satu perlawanan lagi iaitu menentang Korea dalam peringkat kumpulan satu pusingan round-robin.

Pada perlawanan terakhir tersebut, Malaysia berjaya menumpaskan pasukan hoki no. 9 dunia tersebut dengan jaringan tipis 1-0. Dengan keputusan itu, Malaysia menduduki tempat kedua dalam saingan liga tersebut dan bertemu sekali lagi di pusingan separuh akhir kali ini.

Malaysia pastinya akan menggunakan tektikal yang sama atau lebih bagi mengalahkan sekali lagi Korea di peringkat kalah mati ini. Sekiranya menang, berjaya mara ke final. Tetapi sekiranya tewas, Malaysia akan bermain di perlawanan penentuan tempat ketiga.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Separuh Akhir Malaysia vs Korea

Jangan telepas untuk saksikan aksi Malaysia bertemu Korea di pusingan separuh akhir yang akan ditayangkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena 2 (CH804) dan Astro Supersport 3 (CH813) atau secara online di Astro Go.

Untuk yang tiada akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga RM34.90 sebulan.

Selain itu, kalau nak tengok secara online boleh juga buka website https://watch.hockey/ tetapi perlukan sambungan VPN (Guna ini)

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Korea Di Separuh Akhir Hoki Trofi Piala-Piala Asia 2023

Jangan lupa untuk saksikan aksi Malaysia vs Korea dalam kejohanan Men Asian Champions Trophy 2023 di pusingan semi final pada 9 Ogos ini, iaitu bersamaan hari Rabu, jam 8.30 malam waktu Malaysia.

Manakala keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut

11 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Malaysia (6) - (2) Korea

  • Ji Woo Cheon 2' (FG)
  • Azrai Aizad 3' (FG)
  • Najmi Jazlan 9' (FG), 21' (PC)
  • Jang Jonghyun 14' (PC)
  • Faizal Saari 19' (PC)
  • Shello Silverius 47' (FG), 48' (FG)

Waktu : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Mayor Radhakrishnan
Tayangan : Astro Arena 2 804 dan Astro Supersport 813
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Malaysia layak ke final

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (1) - (0) Korea

  • Azrai Abu Kamal 22' (FG)

Waktu : 8.15 Malam (MYT)
Tempat : Stadium Mayor Radhakrishnan
Tayangan : Astro Arena 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Separuh Akhir Malaysia vs Korea Piala Juara-Juara Asia 2023"