Hari kedua untuk saingan Liga Super 2023 bagi minggu kedua puluh bakal berlangsung lagi dua perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara pasukan Negeri Sembilan FC vs Selangor FC.
Perlawanan yang bakal berlangsung serentak dengan Terengganu dan Kelantan ini akan di adakan pada 14 Ogos 2023, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam bertempa di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Kedua-dua pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Selangor telahpun bertemu sebanyak dua kali untuk musim 2023. Kali pertama dalam saingan liga super pada April yang lalu di minggu ketujuh (LS7) dan kali kedua dalam saingan Piala FA di pusingan suku akhir.
Kedua-dua pertemuan tersebut dimenangi oleh Selangor. Kali pertama dalam saingan liga, Selangor menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri dengan menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1.
Kemudian pertemuan kedua, Selangor sekali lagi menunjukkan kehebatannya menumpaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1 meskipun ketika itu bermain di Paroi. Disebabkan itu, perjalanan skuad Jang Hobin terhenti di suku akhir.
Negeri Sembilan Masih Mencari Rentak Kemenangan
Jika dilihat dari segi prestasi semasa untuk pasukan Negeri Sembilan, mereka tidak memperoleh sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir. Dalam tempoh tersebut mereka tewas 2 kali dan seri sebanyak 3 kali.
Lebih mengejutkan, Negeri Sembilan telah tewas kepada pasukan tercorot, Kelantan pada minggu lalu. Dengan keputusan tersebut, Negeri Sembilan kini berada di tangga kesembilan liga dengan mengumpul 21 mata sahaja.
Selepas ini mereka akan bertemu sebuah pasukan yang berada dalam mood kemenangan dan pasukan yang menduduki tempat kedua teratas liga. Adakah mereka mampu menyaingi pasukan Selangor pada perlawanan nanti?
Selangor Terus Ingin Mencari Kemenangan
Meskipun Selangor berada di kedudukan kedua teratas dalam saingan liga, tetapi ianya masih belum utuh dimana pada bila-bila masa sahaja pasukan dibawah mampu untuk memintas dan mencuri kedudukan tersebut.
Bagi mengelakkan ianya berlaku, Selangor akan berusaha lebih untuk memastikan mereka menang seberapa banyak perlawanan selepas ini termasuklah menentang Negeri Sembilan pada Isnin ini di Paroi.
Dengan momentum kemenangan yang diperolehi sebelum-sebelum ini, pastinya keputusan positif dapat dikecapi. Pernah bermain di Paroi sebelum dan menghasilkan keputusan yang positif dan pastinya ianya boleh dikecapi sekali lagi pada malam nanti.
Untuk penyokong tuan rumah khususnya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam perlawanan nanti bagi memberikan sokongan yang penuh kepada pasukan kesayangan anda. Anda kini boleh mula dapatkan tiket secara online menerusi www.tickethotline.com.my.
Siaran Langsung Dan Live Streaming Negeri Sembilan vs Selangor Liga Super 2023
Bagi yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara online di laman web rtmklik.rtm.gov.my.
Seperti pada perlawanan sebelum-sebelum ini, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan platform web atau aplikasi Sooka. Sebab ianya ditayangkan di RTM, anda boleh strim secara percuma, tanpa kepada apa-apa langganan.
Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan Liga Super 2023 LS20 antara Negeri Sembilan vs Selangor pada 14 Ogos ini, hari Isnin secara langsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman atau live di RTM.
Manakala untuk keputusan perlawanan pula, kami akan kemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
14 Ogos 2023 (Isnin)
FT : Negeri Sembilan (0) - (4) Selangor
- Richmond Boakye 27'
- Ayron del Valle 59'
- Yohandry Orozco 75'
- Harith Haiqal 83'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik | Sooka
Post a Comment