Koleksi Pantun Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023

Koleksi Ucapan Pantun Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023

Biasanya kita akan ucapkan selamat dan kata-kata patriotik apabila tibanya Hari Kebangsaan. Tetapi sempena Hari Merdeka yang bakal tiba untuk tahun 2023 ini, selain daripada ucapan biasa, kita tukar pula kepada ucapan dalam bentuk pantun. Barulah unik dan lebih menarik.

Lagi pula, pantun ini adalah milik masyarakat di Malaysia, dihasilakn oleh kita sendiri dan mencerminkan peribadi, nilai dan minda. Pastinya ramai yang teruju dan gembira, lagi-lagi bila dapatkan rangkap pantun yang best.

Ucapan pantun ini, anda boleh la kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Anda boleh terus share di media sosial seperti facebook, tiktok, instagram dan twitter. Atau boleh nukilkan dalam bentuk poster yang makin bertambah menarik.

Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023

Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka, disambut di seluruh Malaysia pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada penjajahan dari mula hingga tahun 1957.

Jadi untuk tahun 2023, kita rakyat Malaysia akan menyambut Hari Merdeka yang ke-66 iaitu pada 31 Ogos 2023 bersamaan pada hari Khamis. Ambang Merdeka jatuh pada 30 Ogos, malam sebelumnya iaitu pada hari Rabu.

Tahun ini, kerajaan telah menetapkan dan memperkenalkan logo rasmi 'Malaysia MADANI' dengan mengangkat tema 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' yang juga digunakan pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Senarai Ucapan Pantun Selamat Hari Merdeka Ke-66 Tahun 2023

Anda boleh gunakan ucapan-ucapan dalam bentuk pantun ini sebagai panduan untuk anda kongsikan kepada orang ramai. Boleh gunakan dimana-mana sahaja

Pantun Selamat Hari Merdeka 1

Terang pawaka dengar simfoni,
Wajahmu puan sinar gemerlapan,
Negaraku Merdeka Malaysia Madani,
Tekadkan Perpaduan Penuhi Harapan.

Pantun Selamat Hari Merdeka 2

Dalam sejarah Malaysia tercinta,
Banyak nyawa telah terkorban,
Kemerdekaan ini amat bermakna,
Lagu merdeka menjadi kebangaan.

Pantun Selamat Hari Merdeka 3

Di desa mahupun di kota,
Bersatu hati semua bangsa,
Kerana cinta akan negara,
Kembali merdeka dikibar bersama.

Pantun Selamat Hari Merdeka 4

Dalam Malaysia seiring bersama,
Berbilang bangsa juga agama,
Kekalkan perpaduan, buat selama-lama,
Lantaran Malaysia dipandang dunia

Pantun Selamat Hari Merdeka 5

Dari Kedah ke Kota Melaka,
Singgah di Taiping Menjamu Laksa,
Tidakkan luntur semangat merdeka,
Perjuangan pahlawan kekal sentiasa.

Pantun Selamat Hari Merdeka 6

Aman dan harmoni tuhan kurniakan,
Masyarakat majmuk hidup berjiran,
Jalur gemilang kita kibarkan,
Semarakkan bersama bulan kemerdekaan.

Pantun Selamat Hari Merdeka 7

Beribu batu orang berkelana,
Jangan pula dirunding keperitan,
31 Ogos peristiwa bermakna,
Laungan merdeka jadi kebangaan,

Pantun Selamat Hari Merdeka 8

Dalam manis ada yang kelat,
Buah salah di tepi talaga,
Kibaran bendera penegak daulat,
Laungan merdeka menyemarak jiwa.

Pantun Selamat Hari Merdeka 9

Di Malaysia berbilang bangsa,
Bukan satu, bukan dua,
Kibarkan jalur gemilang bersama,
Lambang sepakat aman sentosa.

Pantun Selamat Hari Merdeka 10

Demi negara kita korbankan,
Begitu cinta bersatu dipinta,
Kemerdekaan negara sama raikan,
Lupa sengketa muafakat tercipta.

Pantun Selamat Hari Merdeka 11

Daun ketumbar, penyedap rasa,
Buat santapan si anak jelitan,
Kaum Malaysia berbudi bahasa,
Lambang perpaduan, negara tercinta.

Pantun Selamat Hari Merdeka 12

Derita Pak Kaduk kerana ayamnya,
Buat pedoman rakyat jelata,
Kemakmuran hidup dikecapi bersama,
Laungkan Merdeka Malaysia tercinta.

Pantun Selamat Hari Merdeka 13

Dari Seremban pergi ke Melaka,
Singgah sekejab ke warung Pak Musa,
Sudah 66 tahun Malaysia merdeka,
Hidup aman damat sentiasa.

Pantun Selamat Hari Merdeka 14

Anak muda pelapis bangsa,
Menjadi simbol kekuatan negara,
Perpaduan rakyat teras utama,
Semoga negara aman sentiasa.

Pantun Selamat Hari Merdeka 15

Jalur Gemilang bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,
Selalunya kita berdoa kepadaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

Pantun Selamat Hari Merdeka 16

Setiap hari membeli kudapan,
Kudapan dibeli menjadi kesukaan,
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,
Itulah tema hari Kemerdekaan.

Pantun Selamat Hari Merdeka 17

Rebah dipalu si teruna Kelantan,
Disambut indah lenggok serunai,
31 Ogos hari kemerdekaan,
Tarikh keramat yang ditunggu ramai

Pantun Selamat Hari Merdeka 18

Anak cinta memasang jerat,
Sayanglah pula terputus tali,
Ukhwah kita dijaga erat,
Semua rakyat bersatu hati.

Pantun Selamat Hari Merdeka 19

Puyuh terbang bersama helang,
Megah diangkasa umpama wira,
Ayuh kibarkan jalur gemilang,
Tanda cinta pada negara.

Pantun Selamat Hari Merdeka 20

Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di atas dahan,
Sudah 66 tahun Kemerdekaan dirai,
Negara sejahtera penuh kenangan.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-66!

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Koleksi Pantun Hari Kemerdekaan Ke-66 Tahun 2023"