Siaran Langsung Live Streaming PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Streaming PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Kini bermula aksi Piala Malaysia 2023 dan pertemuan awal PDRM vs Selangor akan berlangsung pada 3 Ogos 2023 bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Liga Super rehat sebentar dan kini semua mata tertumpu untuk aksi piala malaysia yang mana melibatkan kesemua 16 pasukan dalam 8 perlawanan.

Kejohanan ini akan bermula daripada pusingan 16 terbaik dan ianya dimainkan secara timbal balik. Jadi untuk aksi pertama PDRM akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu.

Pertemuan PDRM vs Selangor

Sepanjang tahun 2023, PDRM dan Selangor hanya pernah bertemu sekali sahaja iaitu dalam saingan liga pusingan pertama. Ini pertemuan kali kedua.

Dalam perlawanan tersebut, keputusan yang tak dijangka apabila PDRM berjaya menumbangkan gergasi merah kuning dengan keputusan tipis 1-0 sekali gus membawa pulang 3 mata ketika itu.

PDRM Pasti Akan Cuba Sekali Lagi Untuk Tewaskan Selangor

Kita bukan pernah saksikan sekali PDRM menewaskan pasukan besar, tetapi beberapa kali. Jadi tidak mustahi untuk pasukan tersebut membuatnya sekali lagi.

Walaupun mereka tidak mempunyai fan base seperti pasukan Selangor, tetapi mereka sudah membuktikan mereka mampu untuk cipta kejutan.

Selangor Tidak Mahu Pisang Berbuah Dua Kali

Untuk sebuah pasukan besar seperti Selangor, pastinya tidak mahu kekalahan yang diterima sebelum ini berulang kembali bertemu dengan pasukan yang sama.

Kali ini, pastinya mereka akan lebih berwaspada dan merangka strategi yang lebih baik untuk menewaskan PDRM sekali gus mara ke suku akhir.

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Pembelian tiket kini sudah dibuka. Kedua-dua penyokong untuk pasukan PDRM dan Selangor sudah boleh beli tiket secara online di www.tickethotline.com.my.

Walaupun bermain home away, tetapi hakikatnya menggunakan stadium yang sama. Jadi boleh la datang kedua-dua perlawanan ini nanti.

Siaran Langsung Perlawanan PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Perlawanan PDRM vs Selangor akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 untuk menonton.

Jadual Dan Keputusan Piala Malaysia 2023 PDRM vs Selangor (1st Leg)

Saksikan perlawanan PDRM vs Selangor untuk perlawanan pertama (first leg) saingan Piala Malaysia 2023 pusingan 16, hari Khamis ini, pada pukul 9.00 malam.

Keputusan pula akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

3 Ogos 2023 (Khamis)

FT : PDRM (1) - (4) Selangor

  • Hadi Fayyadh 25'
  • Ayron del Valle 57', 64'
  • Harith Haiqal 74'
  • Yohandry Orozco 90+1'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post