Pertemuan antara Penang FC vs Kedah Darul Aman FC ini merupakan perlawanan tertunda bagi minggu kedua puluh untuk aksi Liga Super 2023 dimana ianya diadakan pada 22 Ogos 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Seperti yang dijadualkan pada awalnya, perlawanan ini sepatutnya pada hujung minggu 12 Ogos yang lalu. Tetapi disebabkan ketika itu berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) 6 negeri, Pulau Pinang antara negeri yang terlibat.
Perlawanan tertunda ini telah mendapat persetujuan kedua-dua pasukan dan ianya diadakan pada tarikh lain bagi memberi ruang kepada proses PRN berjalan dengan baik tanpa mengganggu ramai pihak yang terbabit.
Ini pastinya perlawanan yang menarik yang disaksikan. Derby Utara dimana melibatkan pasukan-pasukan yang berpengkalan di utara tanah air. Pertembungan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tanah air terutamanya bagi penyokong kedua-dua pasukan.
Untuk info, kedua-dua pasukan Penang dan Kedah Darul Aman telah bertemu dua kali sebelum ini sepanjang 2023. Kali pertama adalah dalam pusingan awal Piala FA pada Mac dan mereka bertemu sekali pada April dalam saingan Liga Super pula.
Pada pertemuan pertama, kedua-duanya terikat dengan jaringan 2-2 sehingga perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti yang mana kita telah ketahui ianya berpihak kepada Penang. Kemudian Kedah balas dendam dalam saingan liga apabila menang tipis 1-0 ketika bermain di Darul Aman.
Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan ini. Jika sebelum ini kesemuanya bermain di Alor Setar, kini mereka akan membuat perhitungan sekali lagi dan giliran Penang pula menjadi tuan rumah dan melayakn kunjungan Kedah DA.
Meskipun Penang mempunyai kelebihan ketika bermain di halaman sendiri, tetapi prestasi semasa yang ditunjukkan sepertinya tidak menyebelahi pasukan tersebut. Dalam saingan liga, mereka telah menerima kekalahan tiga kali berturut-turut sebelum ini. Kemudian dalam saingan Piala Malaysia juga, mereka telah terkandas di pusingan 16 kepada KL City.
Berbanding Kedah, meskipun juga terkeluar daripada saingan Piala Malaysia, tetapi dalam saingan liga, mereka menunjukkan peningkatan. Dalam lima perlawanan terakhir, mereka hanya tewas sekali sahaja dan telah menang empat kali berturut-turut. Pastinya mereka mengejar kemenangan kelimat kali ini.
Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya termasuk penyokong pasukan pelawat, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kesayangan anda ini.
Kini anda boleh sudah mula dapatkan tiket masuk yang sudah dijual sama ada secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Dan Live Streaming Penang vs Kedah Liga Super 2023
Bagi yang menonton dari rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan Astro.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 untuk satu perlawanan dan RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 perlawanan tertunda LS20 antara Penang dan Kedah Darul Aman pada 22 Ogos ini, hari Selasa secara langsung di Stadium Bandaraya atau live di Astro.
Manakala untuk keputusan perlawanan ini, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Jadi ikuti blog kami ini hingga ke akhir perlawanan.
22 Ogos 2023 (Selasa)
FT : Penang (1) - (2) Kedah
- Fadzrul Danel 7'
- Soony Saad 32'
- Moses Atede 90+5'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka
Post a Comment