Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Kedah Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Streaming Perak vs Kedah Piala Malaysia 2023

Aksi pembukaan Piala Malaysia 2023 bakal menyaksikan pertemuan Perak vs Kedah yang bakal berlangsung pada 3 Ogos 2023 bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Minggu ini tiada aksi liga super, kesemua perlawanan tertumpu untuk aksi piala malaysia yang melibatkan 16 pasukan kesemuanya untuk 8 perlawanan.

Kejohanan akan bermula daripada pusingan 16 terbaik dan ianya dimaikan secara timbal balik. Jadi untuk aksi pertama ini, Perak akan menjadi tuan rumah bagi melayan kunjungan Kedah.

Pertemuan Perak vs Kedah

Kedua-dua pasukan, Perak dan Kedah telah bertemu dua kali untuk musim 2023 iaitu menerusi saingan liga super untuk pusingan pertama dan kedua.

Kedua-dua perlawanan itu juga telah menyebelahi Kedah apabila menang 4-1 pada perlawanan pertama dan 3-0 pada perlawanan kedua.

Perak Akan Cuba Bagi Aksi Yang Terbaik

Perak bukan lah dalam prestasi yang baik ketika pertemuan dengan Kedah. Dalam saingan liga juga, mereka baru sahaja tewas kepada Sri Pahang pada minggu lalu.

Selain itu, Perak juga berada di kedudukan empat terbawah iaitu di tangga ke-11 dengan hanya mengumpul 13 mata dalam 18 perlawanan semuanya.

Kedah Mencari Kemenangan Pertama

Berbeza dengan Kedah, tiga perlawanan terakhir mereka kesemuanya berkesudahan dengan kemenangan. Momentum yang baik pastinya akan diteruskan.

Jika dilihat di atas kertas, perlawanan ini pastinya memihak kepada Kedah. Tetapi perlawanan timbal balik pastinya ada kelebihan yang diperoleh bagi setiap pasukan

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Seperti dalam sainga liga, pembelian tiket juga boleh dibuat secara online dan kini sudah boleh mula dibeli. Hanya pergi ke www.tickethotline.com.my untuk dapatkan tiket.

Jadi penyokong tuan rumah terutamanya, jangan lepaskan peluang ini. Datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda

Siaran Langsung Perlawanan Perak vs Kedah Piala Malaysia 2023

Perlawanan Perak vs Kedah ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga saksikan secara live streaming menerusi aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 untuk menonton.

Jadual Dan Keputusan Piala Malaysia 2023 Perak vs Kedah (1st Leg)

Saksikan perlawanan Perak vs Kedah Darul Aman untuk perlawanan pertama (first leg) saingan Piala Malaysia 2023, hari Khamis ini, pada pukul 8.15 malam.

Keputusan akan diumumkan dan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

3 Ogos 2023 (Khamis)

FT : Perak (3) - (1) Kedah

  • Manuel Ott 1'
  • Luciano Guaycochea 48' (P)
  • Luka Milunovic 55'
  • Hakimi Mat Isa 86'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Ipoh
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post