Jadual Dan Keputusan Sabah vs JDT Liga Super 2023

Jadual Dan Keputusan Sabah vs JDT Liga Super 2023

Hari ini, 9 Ogos 2023, hari Rabu akan berlangsung perlawanan Liga Super 2023 seperti yang dijadualkan iaitu pertemuan antara Sabah vs JDT.

Perlawanan ini merupakan antara yang berlangsung dalam minggu kesembilan belas (LS19) disamping lima perlawanan lain yang turut diadakan.

Minggu ini hanya ada enam sahaja perlawanan. Satu perlawanan terpaksa ditunda mengikut tarikh dan jadual baru seperti yang diumumkan oleh MFL.

Tiga perlawanan sudah pun berlangsung pada hari pertama, semalam. Manakala hari ini, akan berlangsung tiga lagi perlawanan termasuk pertemuan antara Sabah dan JDT.

Jadi ingin ketahui jadual perlawanan dan keputusan aksi Liga Super 2023 untuk Sabah vs JDT, anda boleh dapatkan disini.

Perlawanan Liga Super 2023 Sabah vs JDT

Pertemuan antara Sabah dan Johor Darul Ta'zim ini merupakan perlawanan ke-130 daripada keseluruhan aksi Liga Super yang pernah berlangsung setakat ini.

Bukan itu sahaja, perlawanan ini juga yang pertama berlangsung pada hari ini dan yang keempat untuk minggu kesembilan belas (LS19).

Jika dilihat untuk musim 2023, kedua-dua pasukan Sabah dan JDT pernah bertemu sekali sebelum ini, juga dalam saingan liga iaitu pada minggu keenam (LS6) dalam bulan April yang lalu.

Dalam pertemuan tersebut, telah menyaksikan kekalahan pertama yang dialami oleh Sabah pada musim ini apabila tunduk kepada JDT dengan jaringan 4 gol tanpa balas.

Ketika itu, bermain di Stadium Sultan Ismail dan pertemuan kedua ini Sabah pula akan menjadi tuan rumah di Likas dan melayan kunjungan pasukan pelawat JDT.

Adakah Sabah mampu untuk mempergunakan kesempatan bermain ditempat sendiri untuk menjadi pasukan pertama yang berjaya menumpaskan JDT pada musim ini?

Atau JDT akan tetap dan terus unggul di persada liga tanpa sebarang keciciran mata baik tewas atau seri. Bolos juga baru 3 gol.

Siaran Langsung Sabah vs JDT Liga Super 2023

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv bagi tontonan yang berada di rumah iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu, untuk anda yang tidak mempunyai akses Astro, anda masih boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming menerusi platform dan aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023.

Oleh itu, anda tidak ketinggalan untuk saksikan aksi perlawanan bola sepak yang bakal disajikan daripada pasukan Sabah dan JDT pada malam tersebut.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Sabah vs JDT

Jadi seperti yang dijadualkan, pertemuan Sabah vs JDT akan berlangsung pada 9 Ogos 2023, bersamaan pada hari Rabu dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam.

Manakala keputusan perlawanan pula, hanya akan diumum dan dikemaskini disini selepas habis tempoh perlawanan sebenar. Jadi nantikan.

Berikut merupakan info jadual dan keputusan perlawanan Sabah vs JDT

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Sabah (1) - (5) JDT

  • Jafri Chew 13'
  • Juan Muniz 17'
  • Bergson da Silva 25' (P), 63', 74'
  • Heberty 48'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post