Siaran Langsung Live Sabah vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Sabah vs JDT Liga Super 2023

Salah satu perlawanan yang berlangsung pada hari kedua Liga Super 2023 minggu kesembilan belas ini adalah antara Sabah vs JDT iaitu pada 9 Ogos 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Ini merupakan perlawanan pertama untuk hari ini dan yang keempat untuk minggu ini. Selepas ini akan ada dua lagi perlawanan melibatkan empat pasukan.

Pertembungan Sabah vs JDT

Kedua-dua pasukan Sabah dan JDT masing-masing telah bertemu sekali untuk musim 2023, juga dalam saingan liga pada Mac yang lalu dalam minggu keenam (LS6).

Ketika itu buat kali pertama, Sabah tewas dalam saingan liga apabila JDT berjaya merobek gawagan pasukan pelawat dengan jaringan empat gol tanpa balas.

Misi balas dendam ini pastinya akan dipergunakan sebaik mungkin oleh Sabah apabila kini giliran mereka bermain di halaman sendiri iaitu di negeri di bawah bayu.

Sabah Impikan Kemenangan

Setiap pasukan yang berhadapan dengan Johor Darul Ta'zim pastinya mengimpikan kemenangan sekali gus menjadi pasukan pertama menumpaskan pasukan tersebut dalam saingan liga.

Ini menjadi antara perlawanan tumpuan untuk minggu ini. Jika sebelum ini, JDT berjaya menewaskan Sabah di tempat sendiri dan kini mereka akan menjadi pasukan pelawat pula.

Selain itu, Sabah juga berada dalam prestasi yang baik apabila telah menang 4 daripada 5 perlawanan terakhir dalam saingan liga dan ditambah dengan saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

Adakah akan ada kejutan pada perlawanan kali ini? Atau JDT akan tetapi beraksi dengan baik dan terus mengelakkan daripada keciciran mata.

JDT Tidak Mahu Kemenangan Berturut-Turut Tercalar

JDT pastinya tidak mahukan rekod yang kini sedang dipegang mereka hancur dalam perlawanan ini. Mereka pastinya mengimpikan kemenangan liga tanpa tewas dan paling menarik tanpa seri juga.

Mereka pastinya akan memberikan aksi yang lebih baik dan bertenaga sepanjang 90 minit berlangsung. Tetapi mencari jaringan, tetap dahagakan serangan serta merapati pertahanan.

Pasti ramai teruja untuk saksikan aksi Sabah bertemu JDT kali ini. Adakah keadaan Likas kali ini dapat bantu Sabah untuk menundukkan JDT terutamanya dihadapan penyokong sendiri.

Senarai Kesebelasan Utama Sabah vs JDT

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama pasukan Sabah dan JDT dalam perlawanan ini.

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk penyokong-penyokong Sabah terutamanya, jangan lupa datang dan penuhkan stadium pada hari perlawanan ini nanti. Dapatkan segera tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Sabah vs JDT Liga Super 2023

Untuk yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga turut boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu kepada langganan Pas Liga Malaysia 2023

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Sabah vs JDT

Jangan lupa saksikan Liga Super 2023 LS19 antara Sabah vs JDT pada 9 Ogos ini, hari Rabu secara langsung di Stadium Likas atau live di Astro.

Manakala untuk keputusan, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Sabah (1) - (5) JDT

  • Jafri Chew 13'
  • Juan Muniz 17'
  • Bergson da Silva 25' (P), 63', 74'
  • Heberty 48'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post