Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kedua puluh dan perlawanan pembukaan akan bermula dengan pertembungan antara Sabah vs KL City pada 13 Ogos 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.
Untuk minggu ini, hanya melibatkan 8 pasukan dengan 4 perlawanan sahaja. Hari pertama akan berlangsung dua perlawanan dan esok, hari Isnin akan berlangsung baki lagi dua perlawanan melibatkan 4 pasukan.
Kedua-dua pasukan Sabah dan KL City sebelum ini telah bertembung sebanyak dua kali untuk musim 2023. Kali pertama dalam saingan liga dan kali kedua dalam Piala FA dimana mereka bertemu dalam pusingan suku akhir.
Perlawanan pertama mereka adalah dalam bulan April yang lalu ketika minggu ketujuh (LS7) dimana KL City berjaya menundukkan Sabah dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Ketika itu KL City menjadi tuan rumah bermain di Cheras.
Manakala pertembungan kali kedua di saingan Piala FA, Sabah telah diundi menjadi tuan rumah. Walaupun begitu, pasukan tuan rumah tidak berjaya memanfaatkan peluang tersebut apabila tewas sekali lagi dengan jaringan 1-2.
Dalam dua perlawanan, Sabah tewas kedua-duanya meskin bermain di tempat sendiri. Tapi itu cerita pada pusingan awal liga. Kini Sabah menjadi semakin baik dan menjadi antara pencabar liga berbanding KL City.
Jika dilihat daripada lima perlawanan terakhir, mereka telah memenangi tiga daripada lima perlawanan. Tidak termasuk dengan kemenangan yang dikecapi dalam saingan Piala Malaysia pada minggu lalu. Sedikit sebanyak menjadi tonik tambahan untuk perlawanan seterusnya.
Sabah pastinya tidak mahukan kekalahan kali ketiga berhadapan dengan KL City. Mereka pastinya akan gunakan sebaik mungkin kelebihan yang ada pada mereka termasuk bermain di halaman dan dihadapan penyokong sendiri.
Berbeza dengan KL City, jika dilihat keputusan head-to-head untuk perlawanan terakhir mereka, ianya berpihak kepada KL CIty. Akan tetapi prestasi semasa sepertinya tidak memihak kepada pasukan yang berpengkalah di Lembah Klang itu.
Jika dilihat dalam lima perlawanan terakhir liga, mereka hanya menang sekali sahaja, itupun ketika bertemu pasukan tercorot liga. Selebihnya mereka hanya mampu seri dua kali dan telah tewas pun dua kali.
Disebabkan itulah, KL City perlu mencari resepi terbaik untuk berdepan dengan pasukan Sabah nanti dan sekurang-kurangnya balik dengan 1 mata. Ianya pasti sudah memadai untuk mereka apabila pulang ke Cheras nanti.
Jadi untuk penyokong tuan rumah khususnya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada malam ini. Dapatkan tiket segera yang kini sudah dijual secara online di www.tickethotline.com.my atau beli tiket di kaunter stadium.
Senarai Kesebelasan Utama Sabah vs KL City
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi pasukan Sabah dan KL City dalam perlawanan ini.
Kesebelasan utama perlawanan LS20 malam ini!
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 13, 2023
Saksikan siaran langsung pertemuan antara Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC malam ini jam 7:30 malam di Astro Arena Bola 2 (804) dan Astro GO!#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/RfMal9kTk1
Jadual Dan Siaran Langsung Sabah vs KL City Liga Super 2023
Bagi yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online dengan menggunakan Astro Go percuma untuk pengguna Astro.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan platform web atau aplikasi Sooka bagi mereka yang tidak mempunyai akses astro. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM9.90.
Jadi jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS20 antara Sabah vs KL City pada 13 Ogos ini, hari Ahad secara langsung di Stadium Likasi atau live di Astro. Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
13 Ogos 2023 (Ahad)
FT : Sabah (3) - (2) KL City
- Stuart Wilkin 51'
- Romel Morales 60'
- Haqimi Azim 71'
- Part Tae-su 80'
- Gabriel Peres 89'
Masa : 7.3 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go | Sooka
Post a Comment