Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kedua puluh satu dan antara perlawanan yang berlangsung pada hari ini daripada tiga perlawanan adalah antaranya pertemuan Sabah FC vs Negeri Sembilan FC.

Untuk perlawanan ini, ianya akan diadakan pada 26 Ogos 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Likasi di Kota Kinabalu Sabah. Kali ini giliran Sabah menjadi tuan rumah bagi pertemuan pasukan kedua ini.

Kali pertama mereka bertemu adalah pada bulan April yang lalu juga dalam saingan liga iaitu pada minggu kelapan (LS8). Pertemuan yang diadakan di Paroi itu menyaksikan mereka terikat dengan keputusan 1-1 sepanjang perlawanan.

Ini merupakan pertemuan kedua untuk Sabah dan Negeri Sembilan. Jika sebelum ini, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah dan kali ini giliran Sabah pula akan menerima kunjungan pasukan lawan ke halaman mereka sendiri.

Prestasi Sabah Lebih Baik Berbanding Pasukan Lawan

Meskipun Sabah bukanlah berada dalam prestasi terbaik jika dibandingkan dengan minggu-minggu sebelum ini, tetapi ianya adalah lebih baik daripada pasukan lawan. Dalam lima perlawanan terakhir, Sabah menang 3 daripadanya.

Akan tetapi, mereka akan membawa momentum kemenangan yang diperoleh pada LS20 sebelum ini ketika bertemua KL City. Dengan kemenangan dramatik tersebut, ianya akan meningkatkan lagi prestasi setiap pemain yang beraksi di atas padang.

Negeri Sembilan Perlu Berwaspada

Berbeza dengan nasib Negeri Sembilan. Jika dibandingkan dengan jumlah perlawanan yang sama, mereka hanya mampu meriah 2 mata sahaja iaitu menerusi dua keputusan seri. Selebihnya iaitu 3 perlawanan tersebut mereka tewas kesemuanya.

Jika dilihat dari segi kelebihan, ianya pasti ada untuk Sabah. Kali ini mereka bermain di tempat sendiri dan di hadapan penyokong mereka sendiri. Prestasi semasa juga berkelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Mungkin Negeri Sembilan perlu atur strategi terbaik bagaimana mereka untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Likas untuk dibawa pulang ke Paroi. Misi mustahil untuk mata maksimum, tetapi semuanya boleh berlaku.

Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya pasukan Sabah, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan tiket sekarang secara onilne di www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Sabah vs Negeri Sembilan Liga Super 2023

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 untuk satu perlawanan.

Jadi jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS21 antara Sabah FC dan Negeri Sembilan FC pada 26 Ogos ini, hari Sabtu secara langsung di Stadium Likas dan live di Astro. Keputusan akan dikemaskini selepas tamat perlawanan.

26 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : Sabah (3) - (1) Negeri Sembilan

  • Ramon Machado 13', 29'
  • Miguel Cifuentes 45+1'
  • Hein Htet Aung 90'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post