Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs KL City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Selangor vs KL City Liga Super 2023

Salah satu perlawanan yang berlangsung pada hari pertama Liga Super 2023 minggu kesembilan belas ini adalah Selangor vs KL City iaitu pada 8 Ogos 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ini merupakan antara enam pasukan daripada tiga perlawanan yang akan dilangsungkan untuk hari pertama ini. Esok lagi tiga perlawanan dan rabu hanya ada satu perlawanan.

Pertembungan Selangor vs KL City

Kedua-dua pasukan Selangor dan KL City telah bertemu sekali untuk musim 2023 iaitu juga dalam saingan liga pada Mac yang lalu dalam minggu keenam (LS6).

Walaupun ketika itu bermain di tempat Cheras, Selangor berjaya menjinakkan KL City apabila menang dengan jaringan 3-1 sekali gus bawa pulang tiga mata.

Derby Klang Vally ini pastinya ditunggu-tunggu untuk kedua-dua penyokong. Tentukan pasukan mana yang lebih hebat di kawasan Lembah Klang ini.

Selangor Dahagakan Kemenangan

Pada minggu sudah, Selangor terpaksa akur apabila tewas buat kali ketiga kepada JDT. Tetapi mereka berjaya mengurangkan defisit bolos berbanding dalam pertemuan-pertemuan sebelum ini.

Kemudian mereka kembali dengan semangat yang lebih padu apabila menumbangkan PDRM untuk perlawanan pertama Round of 16 Piala Malaysia 2023.

Dengan semangat itu, mereka akan bawa ketika bertemu KL City ini. Mereka pastinya ingin kemenangan sekali lagi dan mendapatkan tiga mata penuh untuk terus kekal di tangga kedua.

KL City Sekurang-Kurangnya Pulang Dengan 1 Mata

Jika dilihat daripada prestasi semasa, perlawanan ini sepertinya memihak kepada Selangor, ditambah pula dengan aksi yang diadakan di Kelana Jaya.

Prestasi KL City juga tidaklah terlalu baik jika dilihat dalam 5 perlawanan sudah. Mereka hanya mampu menang sekali sahaja, selebihnya tewas sekali dan seri sebanyak tiga kali.

Jika tidak mampu untuk mendapatkan tiga mata, sekurang-kurangnya KL City pasti mahukan 1 mata berharga ketika pulang ke Cheras nanti.

Senarai Kesebelasan Utama Selangor vs KL City

Masih tiada lagi kelibat Faisal Halim dalam kesebelasan utama untuk pasukan Selangor dan KL City dalam perlawanan ini.

pemain selangor vs kl city

Pembelian Tiket Masuk Stadium

Game sedap, rival pasukan yang pastinya akan menarik lebih ramai penyokong untuk datang ke stadium. Jadi dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau dapatktn tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Dan Live Streaming Selangor vs KL City Liga Super 2023

Untuk yang tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta online digital di RTM Klik.

Selain itu, anda juga turut boleh tonton secara live streaming menggunakan aplikas Sooka. Sebab ditayangkan di RTM, tidak perlu kepada langganan. Boleh tonton secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Selangor vs KL City

Jangan lupa saksikan Liga Super 2023 LS19 antara Selangor vs KL City pada 8 Ogos ini, hari Selasa secara langsung di Stadium MBPJ atau live di RTM.

Manakala untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

8 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Selangor (2) - (0) KL City

  • Harith Haiqal 32'
  • Ayron del Valle 76'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streamng : RTM Klik | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post