Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Kelantan Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Kelantan Piala Malaysia 2023

Antara perlawanan yang berlangsung pada hari kedua bagi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 bagi perlawanan kedua ini adalah antara JDT vs Kelantan iaitu pada 19 Ogos 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Jika pada hari pertama semalam, kita sudah ketahui tiga pasukan yang layak ke pusingan Suku Akhir, hari kedua ini kita bakal dapat saksikan lagi tiga pasukan akan mengikut ke pusingan seterusnya sebelum diketahui secara keseluruhan bagi dua lagi pasukan pada hari esok, Ahad.

Jika ada melibatkan pasukan JDT pastinya ramai yang ingin ketahui, apakah lagi yang mereka mampu berikan kali ini? Adakah dengan jaringan besar seperti yang ditontonkan setiap minggu atau akan ada kejutan daripada pihak lawan?

Pada perlawanan pertama lalu, JDT menunjukkan mereka masih berbisa dan tetap terus berbisa meskipun bermain di tempat lawan atau beraksi dalam mana-mana kejohanan termasuk dalam Piala Malaysia untuk musim kali ini.

Pada perlawanan pertama bertemu Kelantan, bermain di Kota Bharu, JDT tetapi berjaya meneruskan rentak kemenangan disamping jaringan yang besar. Kelantan tewas 1-5 kepada JDT dalam aksi 90 minit ketika itu. Bekalan 4 gol kini berkelebihan kepada JDT yang kali ini bermain di tempat sendiri.

Untuk perlawanan timbal balik, ianya akan dimainkan di Johor pula dan kali ini JDT akan menjadi tuan rumah dan bakal menerima kunjungan Kelantan bagi menentukan pasukan manakah yang bakal ke pusingan seterusnya.

Pemenang bagi perlawanan ini nanti akan bertemu sama ada pasukan Kelantan United atau Negeri Sembilan di pusingan Suku Akhir. Pasukan yang tewas akan terhenti perjalanan mereka bagi bersaing dalam Piala Malaysia kali ini.

Untuk rekod, Kelantan tidak pernah menewaskan JDT dalam tiga pertemuan sebelum ini. Dua kali mereka bertemu dalam saingan liga yang mana berkesudahan dengan jaringan lima gol. Kemudian tewas sekali lagi dalam perlawanan pertama sebelum ini, juga dengan lima gol.

Jadi untuk peminat dan penyokong pasukan tuan rumah, JDT jangan lupa untuk datang beramai-ramai pada hujun minggu ini bagi menyaksikan pemain-pemain bagi pasukan kegemaran anda beraksi dalam saingan Piala Malaysia.

Oleh itu, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Beli sekarang sebelum tiket habis dijual dan tiada penjualan tiket di stadium pada hari perlawanan.

Jadual Dan Siaran Langsung Pusingan 16 Piala Malaysia JDT vs Kelantan

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kelantan FC yang akan berlangsung pada 19 Ogos ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail.

Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming di platform web dan aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023 berharga RM9.90 untuk satu perlawanan.

19 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : JDT (10) - (0) Kelantan (Agg: 15-1)

  • Bergson da Silva 21', 43', 73'
  • Takahiro Kunimoto 24', 37'
  • Juan Muniz 53'
  • Daryl Sham 59'
  • Heberty 61'
  • Arif Aiman 64'
  • Aysar Hadi Shapri 90+3'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*JDT berjaya mara ke Suku Akhir Piala Malaysia 2023 dengan aggregat 15-1. Kelantan meneruskan cabaran ke Challenge Cup.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post