Memasuki minggu kedua puluh bagi aksi Liga Super 2023 dan pada hari pertama ini akan berlangsung dua perlawanan antaranya Johor Darul Ta'zim FC vs Perak FC dimana ianya akan diadakan pada 13 Ogos 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.
Untuk info, minggu ini hanya akan berlangsung empat perlawanan dengan melibatkan lapan pasukan sahaja. Hari ini akan berlangsung dua perlawanan dan esok, hari Isnin akan berlangsung baki lagi dua perlawanana.
Umum sedia maklumat, jika ada perlawanan melibatkan pasukan JDT pastinya akan menjadi tumpuan ramai terutamanya bagi peminat sukan bola sepak tempatan. Ingin melihat aksi sebenar bola sepak yang ditonjolkan daripada pasukan tersebut.
Kedua-dua pasukan JDT dan Perak sebelum ini pernah bertemu sekali iaitu juga dalam saingan Liga Super pada bulan April yang lalu ketika minggu ketujuh (LS7). Meskipun bermain di tempat sendiri, Perak tewas besar kepada JDT dengan jaringan 5-0 ketika itu.
Tetapi ianya perkara normal pada musim kali ini untuk sebuah pasukan yang berpengkalan di selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim. Manakan tidak, pada musim ini sahaja, mereka telah menjaringkan lebih 70 gol dan bolos hanya 4 gol sahaja. Sangat luar biasa.
Pretasi luar biasa itu termasuklah ketika menumpaskan Perak pada beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini bermain di Ipoh dan pertemuan kali kedua ini, mereka akan membuat perhitungan sekali lagi tetapi JDT pula menjadi tuan rumah dimana akan bermain di SSI.
Baik bermain di tempat sendiri mahupun dihalaman lawan, JDT tidak sama sekali tewas atau pun meraih keputusan seri setakat 19 perlawanan sudah. Bukan itu sahaja, pencapaian tersebut turut dicipta dalam saingan Piala FA sebelum ini sehingga bergelar juara.
Walaupun begitu, Perak juga sepertinya sudah mendapat sedikit semangat baru dalam merancanakan serangan. Pada minggu lalu, mereka kejutkan Penang dalam saingan Liga Super dan terbaru tumpaskan Kedah dalam saingan Piala Malaysia.
Jadi berhadapan dengan JDT ini, jika tidak menang sekali pun mahupun mampu untuk mencuri satu mata. Mungkin mereka tidak lagi dibolosi dengan jaringan yang besar seperti yang diterima dalam pusingan pertama sebelum ini.
Untuk melihat persembahan semasa, JDT masih mengungguli carta liga di tangga teratas dengan mengumpul 57 mata, berbanding Perak di tangga kesebelas dengan peroleh 16 mata sahaja dalam sembilan belas perlawanan.
Peminat bola sepak tempatan pastinya tertunggu-tunggu untuk menyaksikan aksi bola sepak untuk pertemuan antara JDT dan Perak ini. Adakah Perak mampu cipta kejutan di SSI atau JDT akan terus mengaum sehingga bergelar juara dalam beberapa perlawanan lagi nanti.
Jadi untuk penyokong setia tuan rumah JDT, jangan lupa untuk turun beramai-ramai ke stadium pada malam ini untuk menyaksikan pasukan kesayangan anda bermain. Berikan sokongan yang padu kepada setiap pemain yang beraksi di atas padang.
Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang kini sudah dijual. Pembelian hanya dibuka secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Tiada penjualan tiket fizikal di perkarangan stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Perak
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS20 antara Johor Darul Ta'zim FC dan Perak FC yang akan berlangsung pada 13 Ogos ini, hari Ahad, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail
Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan web atau aplikasi Sooka dengan langganan Pek Liga Malaysia 2023 berharga RM9.90 untuk satu perlawanan.
13 Ogos 2023 (Ahad)
FT : JDT (5) - (0) Perak
- Heberty 21'
- Mattew Davies 27'
- Bergson 36'
- Oscar Arribas 55'
- Juan Muniz 66'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
oo.. malam ni...
ReplyDeletePost a Comment