Perlawanan yang ditunggu-tunggu untuk minggu kedua puluh satu bagi aksi Liga Super 2023 iaitu pertemuan antara Kedah Darul Aman FC vs Johor Darul Ta'zim FC iaitu pada 26 Ogos 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Inilah menjadi antara perlawanan tumpuan untuk minggu ini. Bukan sahaja melibatkan dua pasukan yang berada di kelompok teratas tetapi ianya merupakan perlawanan penentuan bagi memartabatkan JDT sebagai juara Liga Super 2023 untuk kali kesepuluh berturut-turut.
Ya, jika JDT menang pada perlawanan ini, mereka akan mengumpul 78 mata dan ianya sudah cukup untuk mengekalkan takhta kejuaraan meskipun terdapat lima lagi perlawanan yang tinggal selepas tamatnya perlawanan malam ini.
Jika dilihat prestasi JDT untuk musim 2023 kali ini sangat luar biasa dan berbeza daripada musim-musim sebelumnya. Sejak saingan liga bermula dari bulan Februari yang lalu, kemudian juara Piala FA 2023, mereka tidak tewas walaupun sekali hatta meraih keputusan seri.
Ini bermakna, setakat 20 perlawanan liga, mereka tidak keciciran mata kepada pasukan lawan. Mengikut prestasi pasukan ditangga kedua kini, JDT hanya perlukan 78 mata sahaja untuk bergelar juara dan ianya mampu dicapai sekiranya mereka menumpaskan Kedah di Darul Aman pada malam ini.
Jika dilihat dalam pertembungan minggu kelapan (LS8) pada April yang lalu dalam saingan liga, Kedah bukanlah ancaman besar untuk skuad Harimau Selatan. Dalam pertemuan tersebut, Kedah turut dibelasah sehingga enam gol tanpa balas.
Lebih hebat, keenam-enam gol yang dijaringkan pada malam tersebut hasil daripada enam penjaring yang berbeza; antara yang terlibat ketika itu Forestieri, Feroz Baharudin, Oscar Arribas, Bergson da Silva, Arif Aiman dan Leandro Velazquez.
Tetapi ketika itu, mereka bermain di Stadium Sultan Ismail dan pastinya ada kelebihan yang besar untuk pasukan tuan rumah disamping penyokong yang hadir ketika itu mampu untuk memberikan semangat tambahan kepada pemain.
Kali ini giliran Kedah pula menjadi tuan rumah. Pastinya kelebihan yang ada seperti JDT sebelum ini, akan ada pula untuk pasukan Kedah. Dengan kehadiran penyokong, sedikit sebanyak mampu untuk menaikkan semangat pemain-pemain Kedah untuk menghadapi JDT.
Ini ditambah pula dengan prestasi semasa dalam saingan liga untuk pasukan Kedah. Meskipun mereka sudah terkeluar dalam saingan Piala Malaysia, prestasi dalam saingan liga, setakat ini sangat memberangsangkan.
Dalam lima perlawanan terakhir, merek menang kelima-limanya meskipun bertemu pasukan yang berada di kelompak teratas. Kini mereka juga memburu slot terakhir untuk peringkat Asia dengan Selangor dengan meraih tempat kedua.
Adakah Kedah mampu untuk menyekat kemaraan JDT untuk mereka dinobatkan sebagai juara Liga Super 2023 pada malam ini? Atau kita sekali lagi dapat saksikan aksi bunga api yang lebih awal diraikan oleh pasukan daripada selatan tersebut.
Jadi apa tunggu lagi terutamanya bagi penyokong-penyokong pasukan Hijau Kuning untuk membanjiri stadium pada malam ini. Datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda supaya menjadi pasukan pertama berjaya mencuri mata daripada JDT untuk musim ini.
Dapatkan segera tiket masuk sekarang. Anda boleh beli sama ada secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan. Dapatkan sekarang sebelum tiket habis.
Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs JDT
Selain daripada penyokong kedua-dua pasukan, orang ramai juga pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan aksi bola sepak terhebat ini. Ianya akan ditayangkan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, anda boleh tonton perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 dengan harga bermula RM9.90 untuk satu perlawanan.
Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS21 antara Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang akan berlangsung pada 26 Ogos ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman dan live di Astro.
26 Ogos 2023 (Sabtu)
FT : Kedah (3) - (3) JDT
- Ifedayo 36'
- Manuel Ott 50'
- Corbin-On 53'
- Heberty 56'
- Arif Aiman 74'
- Amirbek Juraboev 90+2'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2
*Pertunjukkan bunga api ditangguhkan malam ini. JDT perlu harungi lagi satu perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan liga kali ke-10.
Post a Comment