Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Perak Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kedah vs Perak Piala Malaysia 2023

Kini sudah memasuki perlawanan kedua untuk pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 dan antara perlawanan berlangsung Kedah Darul Aman FC vs Perak FC pada 18 Ogos 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar.

Kini sudah Piala Malaysia sudah memasuki second leg untuk pusingan awal ini. Kesemua perlawanan pusingan pertama telah berlangsung pada 3-5 Ogos yang lalu dengan melibatkan semua 16 pasukan yang bertanding.

Perlawanan tersebut adalah termasuk Kedah bertemu Perak. Pada perlawanan pertama, ianya telah diadakan di Stadium Perak yang menyaksikan Perak menjadi tuan rumah dan melayan kunjungan Kedah. Kali ini giliran Kedah menjadi tuan rumah.

Dalam perlawanan tersebut, tiada siapa jangka apabila Perak berjaya menumbangkan Kedah dengan jaringan 3-1. Gol Perak masing-masing dijaringkan oleh Guaycochea, Luka Milunovic dan Hakimi Mat Isa, manakala gol sulung Kedah datang daripada Manuel Ott.

Dengan itu, Perak membawa bekalan kelebihan dua gol berbanding Kedah. Perak hanya perlu sekurang-kurangnya meraih keputusan seri dalam perlawanan kedua sekiranya ingin mara ke pusingan seterusnya. Manakala Kedah perlu menang sekurang-kurangnya dengan jaringan 3 gol tanpa balas.

Pemenang untuk perlawanan ini akan bertemu antara Kuching City dan Sabah di pusingan Suku Akhir selepas ini. Jadi pastinya masing-masing akan memberikan terbaik untuk perlawanan kedua ini dimana peluang masih terbuka selama 90 minit yang akan datang.

Untuk info, Kedah dan Perak telah bertemu sebanyak tiga kali untuk musim 2023 ini. Pertemuan kali pertama dan kedua masing-masing dalam saingan liga. Manakala kali ketiga dalam Piala Malaysia sebelum ini dan ini pertemuan kali keempat.

Dalam ketiga-tiga pertemuan tersebut, Kedah menang dua daripadanya iaitu dalam saingan liga dengan jaringan 4-1 pada game pertama dan 3-0 untuk game kedua. Kemudian tewas mengejut sebelum ini 3-1 dalam saingan piala malaysia.

Ini pastinya akan menjadi antara perlawanan tumpuan pada hari pertama Piala Malaysia 2023. Pasti ramai yang ingin saksikan, adakah Perak mampu untuk mempertahankan jaringan agregat yang diperoleh itu atau akan lebur dalam pertemuan kali ini.

Peminat Kedah pastinya tidak mahukan pasukan kegemarannya pulang awal. Jadi anda kena datang beramai-ramai ke stadium pada malam perlawanan bagi memberikan sokongan padu yang kepada pasukan kesayangan anda termasuk jugalah penyokong untuk pasukan Perak.

Jadi datang ke stadium dan dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau datang ke stadium dan dapatkan tiket fizikal yang dijual disini.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Perak

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 antara Kedah Darul Aman FC dan Perak FC pada 18 Ogos ini, hari Jumaat, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman.

Perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801, Arena Bola 3 807 serta siaran RTM di TV Okey. Selain itu, boleh tonton secara live streaming menerusi RTM Klik atau menggunakan aplikasi Sooka secara percuma.

18 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Kedah (2) - (1) Perak (Agg : 3-4)

  • Manuel Hidalgo 28' (P)
  • Akmal Zahir 82'
  • Seo Seon-ung 85'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 3 807, TV Okey
Live Streaming : RTM Klik | Sooka

*Perak berjaya mara ke Suku Akhir dengan aggregat 4-3. Manakala Kedah akan meneruskan langkah ke suku akhir Challenge Cup 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post