Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Kelantan vs Selangor Liga Super 2023

Liga Super 2023 kini berbaki lima lagi perlawanan dan untuk minggu kedua puluh satu ini bermula dengan petemuan antara Kelantan FC vs Selangor FC dimana ianya akan diadakan pada 25 Ogos 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Minggu ini, kesemua pasukan liga akan turut mengadakan perlawanan masing-masing. Pada hari pertama ini, hanya melibatkan satu perlawanan sahaja. Hari Sabtu dan Ahad nanti akan berlangsung masing-masing dengan tiga perlawanan lagi.

Kali ini kita bakal dapat saksikan pertemuan dua pasukan di tempat kedua bagi kedudukan masing-masing. Selangor ditempat kedua teratas liga. Manakala Kelantan berada di kedua tercorot liga iaitu ditempat ketiga belas.

Kedua-dua pasukan Kelantan dan Selangor sebelum ini pernah bertemu sekali sahaja setakat ini iaitu pada bulan April yang lalu dalam minggu kelapan (LS8) juga dalam saingan liga. Dalam perlawanan tersebut, telah menyaksikan Selangor menang dengan jaringan 3-0 kepada Kelantan.

Adakah Kelantan mampu untuk bangkit daripada kekalahan yang memilukan dalam dua perlawanan terakhir mereka sebelum ini. Dalam dua perlawanan sahaja, mereka telah bolos sebanyak 18 gol kepada dua pasukan yang berbeza.

Pada minggu kedua puluh sebelum ini, Kelantan telah dimalukan dengan jaringan 8 gol tanpa balas ketika bertemu Terengganu. Ianya menjadikan kekalahan terbesar yang dicatatkan dalam saingan liga untuk musim 2023.

Belum cukup dengan duka lara tersebut, Kelantan sekali lagi diaibkan. Kali ini dalam saingan Piala Malaysia 2023 bagi aksi timbal balik bertemu JDT. Dalam perlawanan tersebut, satu lagi catatan sejarah tercipta apabila Kelantan bolos sebanyak 10 gol tanpa balas.

Minggu ini mereka akan bertemu dengan sebuah lagi pasukan gergasi dan perkara ini mungkin boleh berlaku sekali lagi sekiranya mereka tidak bangkit daripada kekalahan tersebut sebelum tibanya perlawanan nanti.

Selangor juga dalam prestasi terbaik. Dalam lima perlawanan terakhir, mereka hanya tewas sekali sahaja iaitu pada bulan Julai yang lalu. Sebelum ini, mereka sudah menang dua kali berturut-turut dalam aksi liga.

Dalam masa yang sama juga, Selangor kini memburu slot ke Asia untuk musim hadapan iaitu dengan cara peroleh tempat kedua dalam saingan liga. Jadi mereka tidak boleh main sambil lewa dan pastinya hanya kemenangan yang dicari.

Jadi untuk penyokong tuan rumah terutamanya, datang dan berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda, supaya mereka bermain lebih semangat, sekali gus mampu untuk menghasilkan sesuatu ketika bertemu Selangor nanti.

Untuk kedua-dua penyokong, anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk ke stadium sama ada dengan dapatkan tiket secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket di kaunter stadium yang telah disediakan.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs Selangor

Jangan terlepas untuk menyaksikan aksi Liga Super 2023 LS21 antara Kelantan FC dan Selangor FC yang akan berlangsung pada 25 Ogos ini, hari Jumaat, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Selain itu, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Bagi yang tiada Astro, boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka dengan hanya langgan Pas Liga Malaysia 2023.

25 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan (2) - (11) Selangor

  • Natanael Siringo 5' (P)
  • Fazrul Amir 14'
  • Yohandry Orozco 28'
  • Sharul Nazeem 32'
  • Ayron del Valle 41', 44', 63', 87'
  • Richmond Boakye 48', 78', 86'
  • Faisal Halim 50', 53'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post