Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs JDT Liga Super 2023

Antara perlawanan yang berlangsung pada hari kedua minggu kesembilan belas Liga Super 2023 ini adalah melibatkan pasukan Sabah FC vs Johor Darul Ta'zim FC dimana ianya akan diadakan pada 9 Ogos 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Sebelum sepak mula perlawanan ini, hari pertama telah pun berlangsung tiga perlawanan dan masing-masing berakhir dengan kemenangan. Hari ini, akan ada tiga lagi perlawanan yang hari terakhir untuk perlawanan yang berbaki.

Setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan JDT, pastinya menjadi tumpuan orang ramai khususnya bagi peminat bola sepak. Kita sebagai peminat bola sepak pun teruja, apatah lagi penyokong untuk kedua-dua pasukan pastinya lebih tidak sabar.

Jika anda masih ingat lagi, pertembungan kali pertama kedua-dua pasukan adalah pada bulan Mac yang lalu ketika minggu keenam (LS6) saingan liga. Ketika itu juga merupakan kekalahan pertama yang dicatatkan oleh Sabah selepas 5 perlawanan dengan jaringan 4-0.

Itulah kehebatan JDT. Setakat ini tiada lagi pasukan yang mampu untuk menumbangkan pasukan mereka. Bukan itu sahaja, JDT juga menjadi pasukan yang paling kurang dibolosi dalam saingan liga dan setakat ini hanya 3 gol sahaja berjaya ditembusi.

Ketika itu, mereka bermain di Johor. Kali ini, Sabah pula akan menjadi tuan rumah dan JDT perlu mengadapi penyokong-penyokong setia di Likas. Adakah Sabah mampu untuk mengejutkan JDT? Atau ini juga merupakan perlawanan biasa untuk pasukan Harimau Selatan tersebut?

JDT masih kebal baik di tempat sendiri dan tempat lawan. Setiap perlawanan, mereka pastinya akan menjaringkan gol dan dalam masa yang sama tidak akan membiarkan gawang mereka ditembusi oleh pihak lawan.

Sabah juga sepertinya berada dalam prestasi yang terbaik. Disamping memenangi perlawanan Piala Malaysia sebelum ini, Sabah juga hanya tewas sekali dalam lima perlawanan terakhir mereka. Keadaan yang baik untuk berdepan dengan JDT.

Johor Darul Ta'zim kini masih unggul berada di takhta liga dengan 54 mata meninggalkan Selangor ditempat kedua sebanyak 11 mata. Manakala dibezakan 18 mata dengan Sabah yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Pasti peminat bola sepak tanah air khususnya tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Adakah Sabah mampu cipta kejutan menjadi pasukan pertama menewaskan JDT. Atau JDT akan tetap terus konsisten mengutip mata demi mata sehingga ke pengakhiran liga.

Jadi untuk penyokong tuan rumah, Sabah terutamanya, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium pada Rabu ini. Berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda dan beli tiket yang kini sudah dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan. Dengan perlawanan tumpuan ini, pastinya tiket akan cepat sold out, jadi dapatkannya sekarang.

Jadual Dan Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs JDT

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan Liga Super 2023 LS19 antara Sabah FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang akan berlangsung pada 9 Ogos ini, hari Rabu, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Likas.

Perlawanan ini akan dibawakan secara lansung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming di platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan Pek Liga Malaysia 2023 berharga RM9.90 untuk satu perlawanan.

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Sabah (1) - (5) JDT

  • Jafri Chew 13'
  • Juan Muniz 17'
  • Bergson da Silva 25' (P), 63', 74'
  • Heberty 48'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post