Hari kedua pusingan 16 Piala Malaysia 2023 bagi perlawanan kedua diteruskan dengan pertemuan antara Selangor FC vs PDRM FC iaitu pada 19 Ogos 2023, hari Sabtu yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya.
Kini Piala Malaysia untuk musim 2023 sudah memasuki second leg untuk pusingan awal ini. Kesemuanya akan berlangsung pada minggu ini selepas perlawanan pertama yang sudah selesai pada 3-5 Ogos yang lalu dengan melibatkan semua 16 pasukan yang bertanding.
Perlawanan tersebut adalah termasuk Selangor dan PDRM. Sepertinya perlawanan pertama dan kedua tiada apa-apa perbezaan besar kerana masing-masing menggunakan stadium yang sama. Dalam format, game pertama PDRM jadi tuan rumah, game kedua Selangor pula jadi tuan rumah.
Dalam perlawanan tersebut, Selangor menggunakan barisan pemain terbaik mereka apabila membelasah PDRM dengan jaringan 4-1. Gol Selangor dijaringkan oleh Harith Haiqal, Yohandry Cujia dan double daripada Ayron del Valle. Manakala gol saguhati PDMR datang daripada Hadi Fayyadh.
Dengan itu, Selangor membawa bekelah 3 gol berkelebihan berbanding pasukan lawan PDRM. Selangor hanya perlu sekurang-kurangnya keputusan seri atau bolos tidak melebihan tiga gol sekiranya ingin mara ke pusingan seterusnya. Manakala PDRM perlu mencari sekurang-kurangnya 4 gol dan ke atas.
Pemenang untuk perlawanan ini akan bertemu Terengganu di pusingan Suku Akhir apabila pasukan tersebut berjaya menumpaskan KL Rovers dengan aggregat 7-0 ketika bermain di tempat lawan dan tempat sendiri
Untuk info, Selangor dan PDRM telah pun bertemu sebanyak dua kali untuk musim 2023. Kali pertama mereka bertemu adalah dalam saingan liga. Manakala kali kedua pada perlawanan pertama untuk saingan Piala Malaysia ini.
Sepertinya masing-masing mempunyai sejarah tersendiri apabila pernah menang adn tewas untuk kedua-dua perlawanan tersebut. PDRM pernah menumpaskan Selangor iaitu dalam saingan liga sebelum ini dan kemudian Selangor pula menang terhadap pasukan tersebut.
Pastinya sejarah hitam tewas pada pertemuan pertama tersebut telah menyuntik semangat pemain-pemain Selangor untuk mendapatkan kembali rentak kemenangan terutamanya dalam kejohanan format kalah mati ini.
Jadi bagi mengelakkan Selangor dikecewakan seperti dalam saingan liga sebelum ini, peminat dan penyokong Selangor perlu datang beramai-ramai ke stadium pada hari perlawanan bagi memberikan sokongan sepenuhnya kepada pasukan anda.
Jadi datang dan jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah mula dijual. Anda boleh beli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Piala Malaysia 2023 Selangor vs PDRM
Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 antara Selangor FC dan PDRM FC pada 19 Ogos ini, hari Sabtu, jam 5.30 petang bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801, Arena Bola 3 807, serta siaran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming menerusi RTM Klik dan apikasi Sooka secara percuma.
19 Ogos 2023 (Sabtu)
FT : Selangor (1) - (2) PDRM (Agg: 5-3)
- Yohandry Orozco 25'
- Nabil Latpi 32'
- Harith Haiqal 90+3' (OG)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Astro dan RTM
Live Streaming : RTM Klik | Sooka
*Selangor berjaya mara ke Suku Akhir Piala Malaysia 2023 dengan aggregat 5-3. PDRM pula meneruskan cabaran di Challenge Cup.
Post a Comment