Telefilem Bangkit Di TV2

Telefilem Bangkit Di TV2

Saksikan telefilem Bangkit yang akan menemui penonton semula pada 15 Ogos 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 sempena Hari Malaysia ini merupakan terbitan syarikat produksi Izzat Corporate Consultancy Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emdy Idris dengan nukilan skrip daripada Azura Khalid.

Sinopsis Telefilem Bangkit

Telefilem Bangkit menampilkan barisan pelakon seperti Muhammad Hadi Putra, Arman Graseka, Juita Johari, Duerra Mitilda, Firas Danial, Shahiratul Shafiqah, Arma Zani Ahmad, Tyara Danella dan ramai lagi.

  • Muhammad Hadi Putra sebagai Johan
  • Arman Graseka sebagai Pak Jamal
  • Juita Johari sebagai Mak Siah
  • Duerra Mitilda sebagai Jesnita
  • Firas Danial sebagai Azli
  • Shahiratul Shafiqah sebagai Peah

Ianya mengisahkan seorang remaja bernama Johan yang aktif bersukan terutamanya dalam sukan futsal. Akibat dari kemalangan semasa pulang dari sekolah, kaki Johan telah mengalami kecederaan. Bermula dari kejadian itu, Johan mula merasa rendah diri dan murung.

Ahli keluarga dan rakan cuba membantu menaikkan semangat Johan kembali tetapi Johan seperti putus asa. Adakah Johan akan bangkit melawan nasib malang itu atau terus akur dengan takdir yang menimpa dirinya?

Telefilem Bangkit Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Bangkit Di TV2"