Telefilem Bayang Di TV3

Telefilem Bayang Di TV3

Saksikan telefilem Bayang yang akan menemui penonton semula pada 5 Ogos 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 sempena AJL33 ini merupakan terbitan syarikat produksi Primeworks Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zul Huzaimy.

Sinopsis Telefilem Bayang

Telefilem Bayang menampilkan barisan pelakon seperti Sufian Suhaimi, Elisya Sandha, Aleza Shadan, Zul Huzaimy, Datuk Eizlan Yusuf, Riena Diana, Munir Zainal, Idzham Ismail dan ramai lagi

  • Sufian Suhaimi sebagai Pyan
  • Elisya Sandha sebagai Maya
  • Aleza Shadan sebagai Rohaya
  • Zul Huzaimy sebagai Jinggo
  • Datuk Eizlan Yusuf sebagai Ruztam
  • Riena Diana sebagai Dira
  • Munir Zainal sebagai Jeff

Ianya mengisahkan tentang Pyan yang terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi doktor kerana perlu menjaga ibunya yang sentiasa sakit dan adiknya yang masih bersekolah.

Pyan merupakan seorang lulusan universiti jurusan Medik tetapi terpaksa membuat dua kerja iaitu siang sebagai penghantar surat dan malam sebagai busker yang menyanyi di tepi jalan.

Dia terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut sebagai ketua keluarga setelah ayahnya meninggal dunia. Dialah punca pendapatan keluarga.

Nyanyiannya yang cukup merdu menarik ramai orang. Termasuklah seorang gadis, Maya yang sentiasa singgah ketempat Pyan menyanyi.

Mereka mula berkenalan dan Pyan mendapati Maya menyimpan suatu rahsia dan cuba menyelematkannya.

Tayangan Telefilem Bayang

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Bayang pada 5 Ogos 2023, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara HD di watch.tonton.com.my

Telefilem Bayang Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post