Telefilem Derita Pia Di TV9

Telefilem Derita Pia Di TV9

Saksikan telefilem Derita Pia yang akan menemui penonton semula pada 21 Ogos 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dengan nukilan skrip daripada Sofia J. Rhyland.

Sinopsis Telefilem Derita Pia

Telefilem Derita Pia menampilkan barisan pelakon seperti Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Syifa Melvin dan ramai lagi.

  • Zara Zya sebagai Pia
  • Alif Satar sebagai Zafran
  • Naim Daniel sebagai Budi
  • Azira Shafinaz sebagai Qis
  • Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila

Ianya mengisahkan tentang Qis yang telah lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul. Qis mengaku bahawa dia masih mencintai Zafran dan ingin mengahwini Zafran memandangkan Pia tidak boleh hamil lagi.

Disebabkan itu, dia meminta minta Pia untuk merestui dan menganggap kehadirannya hanya untuk membantu meringankan beban Pia menjaga Zafran serta memberikan waris kepada Zafran.

Sedar tentang kelemahan dirinya, akhirnya Pia redha untuk menjadi isteri kedua. Namun pengorbanannya tidak dihargai. Setelah Qis disahkan mengandung, Pia mula disisihkan sehingga Pia nekad untuk mengundur diri.

Zafran yang tidak mahu melepaskan Pia, cuba untuk berbincang. Pia meluahkan segala rasa yang selama ini dia pendam dan Zafran mula sedar kesilapannya ini yang sering mengabaikan Pia.

Namun mereka berdua telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Setelah sedar dari koma Zafran terkejut apabila dia dapat melihat semula.

Rupanya kemalangan itu telah meragut nyawa Pia. Barulah Zafran sedar bahawa dia sudah dapat lihat dunia semula, tetapi dia kehilangan orang yang paling jujur dan paling ikhlas dengannya.

Telefilem Derita Pia Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post