Telefilem Istana Firdaus Di TV9

Telefilem Istana Firdaus Di TV9

Saksikan telefilem Istana Firdaus yang akan menemui penonton semula pada 14 Ogos 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 di TV3 ini merupakan terbitan syarikat produksi MEL Corporation (M) Sdn. Bhd., diarahkan oleh Along Kamaludin dengan nukilan skrip daripada Zuli Ismail.

Sinopsis Telefilem Istana Firdaus

Telefilem Istana Firdaus menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Fasha Sandha, Nik Adam Mika, Datin Fadilah Mansor, Azmi Osman, Forzan Ghazali, Sazali Saminan, Nisa Rissa Isa dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Kamal
  • Fasha Sandha sebagai Liza
  • Nik Adam Mika sebagai Danial
  • Datin Fadilah Mansor sebagai Maksu

Ianya mengisahkan tentang pasangan Liza dan Kamal yang mempunyai dua orang anak. Disebabkan kekangan kehidupan dan kesibukan bekerja, anak bongsunya, Darwish yang baru berusia dua bulan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.

Malangnya, hari pertama anaknya itu dihantar ke sana, Darwish meninggal dunia kerana tersedak susu. Kematian si anak menyebabkan Liza mula meroyan dan tidak dapat menerima hakikat kematian anak bongsunya sehingga mengabaikan anak sulungnya, Danial yang baru berusia lapan tahun.

Telefilem Istana Firdaus Di TV9

Telefilem Istana Firdaus Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Istana Firdaus Di TV9"