Telefilem Purnama Di TV3

Telefilem Purnama Di TV3

Saksikan telefilem Purnama yang akan menemui penonton semula pada 26 Ogos 2023, bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan sempena bulan Kemerdekaan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Yeop Hitler dengan nukilan skrip daripada Syed Mohammad Taufik.

Sinopsis Telefilem Purnama

Telefilem Purnama menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rahseed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail, Farid Amirul dan ramai lagi.

  • Remy Ishak sebagai Purnama
  • Eira Syazira sebagai Aminah
  • Azhan Rani sebagai Yamin
  • Zulkifli Ismail sebagai Haji Che Lah

Ianya mengisahkan tentang keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari.

Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan.

Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka.

Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Telefilem Purnama Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Purnama Di TV3"