Telefilem Sesalan Terakhir Di TV9

Telefilem Sesalan Terakhir Di TV3

Saksikan telefilem Sesalan Terakhir yang akan menemui penonton semula pada 13 Mei 2024, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi saluran TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Kembara Sufi Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli dengan nukilan skrip bersama daripada Adza Emie dan N. E. Rossy.

Sinopsis Telefilem Sesalan Terakhir

Telefilem Sesalan Terakhir menampilkan barisan pelakon seperti Sara Ali, Jasmin Hamid, Faizal Hussein, Hafiz Nolan, Nor Azirah, Yus Waisar, Tieta Ennisa, Moon Ramlee, Maizatul dan ramai lagi.

  • Sara Ali sebagai Natasha
  • Jasmin Hamid sebagai Auni
  • Hafiz Nolan sebagai Ali
  • Faizal Hussein sebagai Tarmizi
  • Nor Azifah sebagai Maktok
  • Yus Waisar sebagai Wahid
  • Dato' Jurey Latiff Rosli sebagai Taiko
  • Moon Ramlee sebagai Aizat

Ianya mengisahkan tentang Natasha yang merupakan seorang anak tidak sah taraf. Hidupnya tidak seperti orang lain yang lebih sempurna.

Dia dipinggirkan orang kampung kerana sikap ibunya, Auni, yang sering menjalinkan hubungan dengan lelaki kaya kerana ingin memiliki kekayaan. Puas Natasha menasihati ibunya supaya kembali ke jalan yang benar.

Natasha rapat dengan Ali. Ali juga yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Selepas neneknya meninggak dunia, Natasha dan ibunya terpaksa keluar dari rumah itu kerana bapa saudaranya ingin menjual rumah tersebut.

Dengan bantuan Ali, Natasha dan ibunya berhijrah ke Kuantan. Natasha bekerja di hotel yang sama dengan Ali.

Bermula sejarah silam apabila ibunya berkahwin dengan pengurus di hotel itu. Namun tidak seindah yang disangkakan, Natasha telah dirogol oleh bapa tirinya yang sebenarnya merupakan pengedar dadah terbesar.

Telefilem Sesalan Terakhir Di TV3

Telefilem Sesalan Terakhir Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Sesalan Terakhir Di TV9"