Drama From Saga With Love Di Viu

Drama From Saga With Love Di Viu

Saksikan drama siri original terbaru FROM SAGA WITH LOVE yang akan menemui penonton bermula 21 September 2023, setiap hari Khamis, pukul 12.00 tengah hari menerusi platform penstriman Viu.

Drama 10 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Red Communication Sdn. Bhd., diarahkan oleh Umie Sulwana Omar dengan nukilan skrip bersama Rafidah Abdullah, Shamaine Othman, Hadi M. Nor, Suzanne Ong dan Azhar Amirulhisyam.

OST Drama

Tajuk : Cin-Ta
Penyanyi : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Penulis Lirik : Amir Jahari

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama From Saga With Love menampilkan barisan pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don, Ikmal Amry, Vanidah Imran, Fatimah Abu Bakar, Zulin Aziz, Sharifah Amani, Zoey Rahman, Tiara Anchant, Alvin Chong, Fahmy Reza, Farid Azmier dan ramai lagi

  • Siti Khadijah Halim sebagai Karma
  • Sophia Albarakbah sebagai Bianca
  • Fimie Don sebagai Bob
  • Ikmal Amry sebagai Sham
  • Vanidah Imran sebagai Kathy
  • Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita (Mak)
  • Zulin Aziz sebagai Suhaila (Along)
  • Sharifah Amani sebagai Fadhila (Angah)
  • Zoey Rahman sebagai Zairin
  • Tiara Anchant sebagai Daisiy

Sinopsis Drama From Saga With Love

Ianya mengisahkan tentang Karma yang telah berjaya dalam interview untuk bekerja sebagai translator kepada pelakon dan influencer popular, Bianca Rozario semasa berada di Saga, Jepun. Dia juga mengimpikan untuk menjadi influencer terkenal seperti Bianca.

Karma berusaha sedaya upaya agar penipuannya tidak terbongkar, memandangkan dia juga pada masa yang sama menjalankan misi rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca, Kathy, yang ingin mengetahui tentang kisah percintaan Bianca.

Dengan kehadiran juruvideo, Bob dan seorang jejaka pendiam, Sham, apa yang terjadi adalah pelbagai masalah, penyelesaian dan komplikasi romantik yang berterusan.

Drama From Saga With Love Di Viu

Drama From Saga With Love Di Viu

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama From Saga With Love Di Viu"